Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464205
Title: | Hubungan antara tingkah laku aqidah, tingkah laku ibadat dan penyelewengan akhlak belia Islam di Kelantan |
Authors: | Siti Syaznira Muhamad (P56271 ) |
Supervisor: | Khairul Anwar @ Johari Mastor, Prof. Dr. |
Keywords: | Tingkah laku & akhlak Muslim youth |
Issue Date: | 31-Aug-2014 |
Description: | Kajian ini adalah mengenai bentuk tingkah laku dan bentuk penyelewengan akhlak belia Islam dengan meneliti hubungan tingkah laku aqidah, tingkah laku ibadat dan penyelewengan akhlak menurut konsep dharuriyyat dalam Maqasid Syariah oleh al-Syāṭibī(meninggal 790 Hijrah). Reka bentuk kajian ini adalah kajian irisan lintang yang menggunakan kaedah soal selidik yang telah dibina dan diuji rintis. Kajian utama menggunakan pensampelan secara rawak berstrata melibatkan 600 orang pelajar tingkatan enam beraliran agama dan kebangsaan dari 10 daerah di negeri Kelantan. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dan boleh diterima: tingkah laku aqidah (α=0.947), tingkah laku ibadat (α=0.882) dan bentuk-bentuk penyelewengan akhlak (α=0.930). Data kajian utama dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif, ujian t, ANOVA, korelasi Pearson dan analisis laluan. Skor piawai T tingkah laku aqidah dan tingkah laku ibadat ialah di tahap sederhana (tahap julat antara 45 hingga 55). Ujian t skor penglibatan penyelewengan akhlak dalam kalangan belia Islam lelaki lebih tinggi berbanding belia Islam perempuan (t=-5.027, p=0.00), pelajar sekolah menengah kebangsaan lebih tinggi terlibat dengan penyelewengan akhlak berbanding pelajar sekolah menengah agama (t=6.742, p=0.00) dan ujian ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan antara kekerapan mendengar ceramah agama dengan kelima-lima bentuk penyelewengan akhlak. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara tingkah laku akidah dengan kelima-lima bentuk penyelewengan akhlak. Manakala terdapat juga hubungan negatif yang signifikan antara tingkah laku ibadat dan kelima-lima bentuk penyelewengan akhlak. Analisis laluan menunjukkan peningkatan tingkah laku aqidah dan tingkah laku ibadat menyebabkan berlakunya pengurangan penyelewengan akhlak dalam kalangan belia Islam. Kajian ini dapat memberi gambaran bahawa tahap penyelewengan akhlak belia Islam dalam bentuk agama, nyawa, keturunan, akal dan harta boleh berkurangan dengan peningkatan tingkah laku aqidah dan tingkah laku ibadat.,Master/Sarjana |
Pages: | 225 |
Call Number: | BP188.18.Y68S594 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Islam Hadhari / Institut Islam Hadhari (HADHARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75197+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.