Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464092
Title: Monitoring role of institutional investors in enhancing corporate governance and firm performance
Authors: Zuhairah Abdul Hadi (ZP00440)
Supervisor: Azlina Ahmad, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Institutional investors
Corporate governance
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Oct-2012
Description: Pemisahan antara pemilik dan kawalan boleh menyumbang masalah agensi yang menjadi punca kepada perlunya pengawasan pengurusan oleh para pelabur. Kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa setiap kumpulan pelabur institusi mempunyai insentif yang berbeza untuk mengawasi pihak pengurusan dan bukanlah homogen. Dalam erti kata lain, bukan semua kumpulan pelabur institusi adalah pengawas pengurusan yang efektif. Malaysia adalah negara yang mempunyai statisik pegangan saham pelabur institusi awam yang tinggi. Berbeza dengan pelabur institutusi di barat, organisasi awam di Malaysia sering berhadapan dengan pengaruh politik yang tinggi dan terikat dengan polisi-polisi kerajaan. Situasi ini menjadi penghalang kepada dana-dana awam di Malaysia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengawal pengurusan yang efektif berbanding dana swasta. Selain itu, kajian di Barat telah berjaya membuktikan bahawa pelabur institusi asing adalah sangat aktif dalam meningkatkan urus tadbir korporat dan prestasi firma yang dilabur. Walau bagaimanapun, peranan pelabur institusi asing di Malaysia masih menjadi tanda tanya memandangkan kajian yang merangkumi peranan pengawasan pelabur asing di negara-negara membangun seperti Malaysia adalah sangat terhad. Berpegang kepada pandangan bahawa setiap kumpulan pelabur institusi adalah berbeza serta berdasarkan pendapat bahawa Malaysia mempunyai latar belakang pelabur institusi yang berbeza dari negara-negara Barat, kajian ini mengkaji peranan pengawasan pelabur yang berbeza dengan melihat kesan penengah pembolehubah urus tadbir korporat terhadap hubungan antara pelbagai kumpulan pelabur institusi dan prestasi firma di Malaysia. Index Urus Tadbir Korporat Malaysia 2009 digunakan untuk memberikan skor ke atas kepatuhan tadbir urus korporat. Prestasi firma pula diukur dengan menggunakan pengukuran Pulangan ke atas Aset dan Tobins Q. 200 firma yang tersenarai awam dalam tahun 2009 dipilih sebagai sampel kajian. Analisa regresi berganda digunakan untuk menguji hubungan antara tiga kumpulan pelabur institusi iaitu pelabur institusi awam, swasta dan asing terhadap urus tadbir korporat dan prestasi firma. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelabur awam di Malaysia kini adalah lebih aktif dan dibuktikan dengan peningkatan urus tadbir korporat dalam syarikat-syarikat yang dilabur oleh kumpulan pelabur institusi ini. Sebaliknya, pelabur institusi swasta yang dijangka maleksanakan pengawasan pengurusan yang efektif menunjukkan keputusan yang sebaliknya. Selaras dengan hasil kajian negara-negara barat dan beberapa kajian di negara-negara membangun, pelabur institusi asing di Malaysia didapati aktif mempengaruhi pihak pengurusan untuk meningkatkan kualiti urus tadbir korporat. Kajian dilanjutkan dengan melihat impak kehadiran kombinasi pegangan saham oleh kombinasi dua kumpulan pelabur institusi terhadap urus tadbir korporat dan prestasi firma yang dilabur. Keputusan menunjukkan bahawa kombinasi pegangan saham pelabur institusi awam dan asing berupaya menjadi pengawas pengurusan yang sangat aktif. Ini dibuktikan dengan hubungan positif antara kehadiran mereka dan peningkatan urus tadbir korporat serta prestasi firma,Certification of Master's/Doctoral Thesis" is not available
Pages: 151
Call Number: HG4521.Z834
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120716+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.76 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.