Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464086
Title: Kesan pertukaran pengurusan tertinggi ke atas harga saham syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat bukan berkaitan kerajaan di Malaysia
Authors: Anwary Syuhaily Rosly (ZP00150)
Supervisor: Mohamat Sabri Hassan, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Stocks -- Prices
Corporate reorganizations -- Malaysia
Issue Date: 24-Jan-2012
Description: Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan pertukaran pengurusan tertinggi iaitu Ketua Pengawai Eksekutif (KPE) dan Pengarah Urusan (PU) di Syarikat Berkaitan Kerajaan (SBK) dan Syarikat Bukan Berkaitan Kerajaan (SBBK) ke atas harga saham. Ini disebabkan sebarang pertukaran yang berlaku bagi kedua-dua jawatan ini akan memberi impak kepada hala tuju syarikat kerana KPE atau PU baru biasanya akan mengubah strategi syarikat. Perubahan ini seterusnya boleh memberi kesan ke atas harga saham. Kesan ke atas harga saham juga boleh dipengaruhi dari mana pengurusan tertinggi datang, sama ada dari dalam atau luar syarikat. Di Malaysia, SBK dan SBBK mempunyai perbezaan dari segi stuktur pemilikan, tadbir urus syarikat dan pencapaian pasaran. Amnya SBK, berbanding SBBK, dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan Malaysia, yang mana kerajaan Malaysia berupaya melantik anggota lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi serta membuat keputusan utama berkaitan dengan SBK. Oleh itu, kesan pertukaran KPE dan PU bagi kedua-dua bentuk syarikat ke atas harga saham mungkin berbeza. Kajian ini telah membentuk tiga hipotesis bagi melihat kesan perubahan tersebut. Untuk itu kaedah kajian peristiwa telah digunakan dalam kajian ini yang menggunakan data sekunder. Hasil kajian mendapati secara umumnya pasaran bertindak positif yang signifikan sebelum, semasa dan selepas pengumuman pertukaran KPE dan PU diisytiharkan ke atas pasaran modal negara. Namun begitu, perbandingan antara kedua-dua jenis syarikat menunjukkan harga saham bagi SBK menunjukkan tindak balas positif hanya sebelum pengumuman dibuat, manakala bagi SBBK pasaran menunjukkan tindak balas positif bagi ketiga-tiga tempoh pengumuman dilakukan. Penemuan ini menunjukkan pelabur SBK telah menerima maklumat terdahulu sebelum pengumuman dibuat. Kajian ini juga mendapati, pertukaran KPE dan PU sama ada dari dalam atau luar organisasi tidak memberi kesan terhadap harga saham, tidak kira sama ada pertukaran itu berlaku di SBK mahupun di SBBK. Hasil kajian ini memberi sumbangan kepada literatur dalam memahami reaksi pasaran terhadap perubahan pengurusan tertinggi terutamanya di SBK. Ini kerana pasaran modal di Malaysia dikuasai oleh SBK maka setiap perubahan yang berlaku dalam SBK akan memberi kesan ke atas pasaran modal negara.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 99
Call Number: HG4636.A559 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120029+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.