Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464085
Title: | Pengurusan risiko hubungan : kajian kes ke atas syarikat kecil dalam penyumberan-luar perakaunan |
Authors: | Engku Zaidah Engku Abdul Rahman (ZP00384) |
Keywords: | Penyumberan-luar perakaunan (PLP) Kewangan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. |
Issue Date: | 2012 |
Description: | Penyumberan-luar perakaunan (PLP) merupakan satu proses pemindahan sebahagian tugas dan fungsi perakaunan kepada pihak luar untuk mengurangkan kos atau mendapatkan khidmat pakar dalam bidang perakaunan. PLP melibatkan berbagai risiko terutamanya risiko hubungan. Ia perlu diurus dengan baik bagi memastikan PLP ini berkesan dan menepati objektifnya. Pengurusan risiko yang cekap merupakan penentu kejayaan hubungan dalam PLP. Kegagalan menguruskannya menyebabkan kerugian kos, masa dan nama baik pelanggan dan pembekal perkhidmatan. Syarikat kecil telah di pilih bagi kajian ini berdasarkan sumbernya yang terhad berbanding syarikat-syarikat besar dan sederhana. Kajian terdahulu juga menunjukkan terdapat pusing ganti pembekal perkhidmatan PLP yang tinggi di kalangan syarikat kecil. Risiko hubungan dan kaedah pengurusan yang dilalui oleh syarikat kecil ialah berbeza berbanding syarikat besar dan sederhana disebabkan oleh kekangan sumber terutamanya dari aspek kewangan. Oleh itu, objektif utama kajian ini ialah bagi memahami jenis risiko hubungan dalam PLP dan kaedah pengurusannya dalam syarikat kecil. Ia mengetengahkan elemen kuasa, kepercayaan dan kawalan yang digunakan bagi menguruskan risiko hubungan. Kajian ini merupakan satu kajian kes mendalam mengikut pendekatan kualitatif dan interpretif. Penemuan kajian menunjukkan terdapat tiga jenis risiko hubungan dalam syarikat kecil iaitu risiko pengetahuan pekerja terhad, risiko penambahan skop kerja dan risiko peningkatan kos. Hubungan yang gagal menggunakan tiga kaedah pengurusan risiko iaitu merujuk kontrak, penahanan laporan perundingan dan penamatan kontrak. Penggunaan elemen kawalan dan kuasa tanpa elemen kepercayaan menyumbang kepada kegagalan hubungan tersebut. Hubungan yang berjaya menguruskan risiko hubungan dengan mengadakan lawatan awal ke premis, pemindahan pengetahuan dan rundingan semula. Ini membuktikan bahawa kuasa, kepercayaan dan kawalan telah berjaya digunakan untuk menguruskan risiko hubungan dalam PLP. Kajian ini menyumbang kepada teori dan literatur dalam PLP terutamanya dalam bidang risiko hubungan dan pengurusan risiko, kuasa, kepercayaan dan kawalan. Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti PLP dalam mengenal pasti jenis risiko hubungan dan kaedah pengurusannya dalam syarikat kecil.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 181 |
Call Number: | HD2365.E537 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119405+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 880.58 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.