Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/464074
Title: Warisan fosil moluska trias dari aring, Kelantan
Authors: Ahmad Rosli bin Othman (P 41986)
Supervisor: Mohd Shafeea Leman, Prof. Dr.
Keywords: Fosil moluska
Kelantan
Mollusks
Fossil -- Malaysia -- Kelantan
Issue Date: 16-Jan-2013
Description: Fosil moluska sangat penting dalam menentukan usia unit batuan sedimen terutama dalam strata batuan enapan samudera berusia Trias di Semenanjung Malaysia. Penyelidikan ini dilakukan terhadap fosil moluska Trias dari Formasi Telong yang tersingkap pada beberapa potongan cerun di pinggir jalan raya yang menghubungkan Bandar Gua Musang di Kelantan dan Bandar Kuala Berang di Terengganu. Penyelidikan ini melibatkan pengenalpastian, pencirian dan penilaian saintifik terhadap himpunan fosil ammonoid dan dwikatup yang banyak ditemui pada singkapan batuan Lokaliti QZ467 dan Lokaliti QZ480 di kawasan Aring, Kelantan. Nilai saintifik fosil dalam kajian ini tertumpu kepada kebolehgunaan spesies fosil dalam penentuan usia, kolerasi biostratigrafi dan stratigrafi, paleoekologi dan sebaran paleogeografi semasa Trias. Nilai estetik fosil, nilai sosio-ekonomi dan nilai rekreasi batuan berfosil turut dinilai. Sebanyak 40 taksa fosil moluska telah dikenalpasti dari kedua-dua singkapan batuan tersebut termasuklah beberapa fosil indeks yang boleh dikorelasikan dengan skala piawai zon ammonoid dan dwikatup rantau Tethys. Sebahagian besar daripada jumlah ini adalah penemuan baru di Malaysia. Lokaliti QZ480 memiliki 5 taksa ammonoid, 19 taksa dwikatup dan satu taksa gastropod manakala Lokaliti QZ467 pula memiliki 11 taksa ammonoid dan 4 taksa dwikatup. Himpunan fosil di Lokaliti QZ480 mempunyai 2 spesies indeks fosil manakala himpunan di Lokaliti QZ467 pula mempunyai 3 spesies indeks. Berdasarkan himpunan fauna yang serupa, Formasi Telong boleh dikorelasi dengan beberapa batuan seusia di Thailand, China dan Vietnam. Kesemua formasi batuan ini ditafsirkan dienapkan dalam laluan Lautan Tethys yang bertanggungjawab menyebarkan ammonoid dari kawasan Alps di Eropah hingga ke Asia Tenggara. Ketinggian nilai saintifik dan estetik fosil, menjadikan fosil moluska dari kawasan Aring ini sebagai artifak geowarisan penting, manakala potensi nilai sosio-ekonomi dan rekreasi batuan berfosil menjadikan lokaliti penemuannya sebagai geotapak penting yang perlu dipulihara. Isu-isu pemuliharaan tertumpu kepada kaedah pemuliharaan dari aspek polisi berkaitan pengumpulan fosil, kaedah pengumpulan, akses dan penyediaan sampel fosil. Antara langkah pemuliharaan fosil yang perlu dilaksanakan termasuklah pendokumentasian penemuan fosil, penyediaan bahan dan penyampaian pendidikan awam, penyediaan tempat penyimpanan fosil dan penguatkuasaan undang-undang pengekstrakan fosil. Penyelidikan ini adalah julung kali pernah dilakukan terhadap fosil moluska di Malaysia dengan penempatkan usia fosil sehingga ke peringkat subtahap dalam usia Trias. Dengan itu, seharusnya keduadua singkapan kaya fosil moluska ini dipulihara sebagai salah satu geotapak dalam senarai Warisan Geologi Negara.,Master/Sarjana
Pages: 250
Call Number: QE801.A375 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Graduate School of Business / Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74729+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.