Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463993
Title: | Kerangka kerja UNCAC dalam pemerolehan semula aset curian |
Authors: | Dimas Pria Yudhistira Ariyanto (P40372) |
Supervisor: | Rohimi Shapiee, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Corruption Political corruption |
Issue Date: | 23-Feb-2012 |
Description: | Ratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Rasuah pada tahun 2003 oleh negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu secara politik telah menjadikan negara-negara di dunia mempunyai komitmen untuk menentang rasuah melalui kerjasama antarabangsa. Melalui konvensyen PBB ini, berlaku perubahan paradigma dalam melihat fenomena serta pelbagai aspek rasuah sebagai jenayah transnasional. Kini semakin disedari, bahwa pencegahan rasuah tidaklah dapat dilakukan oleh suatu negara tanpa adanya kerjasama dengan negara lain. Negara-negara perlu mempunyai komitmen bersama dalam pembenterasan rasuah. Rasuah oleh penjawat tinggi negara banyak terjadi di negara-negara sedang membangun, para pemimpin negara-negara tersebut dalam tempoh mereka berkuasa banyak melakukan perbuatan rasuah yang sangat merosak perekonomian negara. Aset hasil dari perbuatan rasuah ini kemudian dibawa ke luar negara untuk disembunyikan di banyak negara-negara maju yang memiliki sistem kerahsiaan bank yang sangat tinggi. Negara-negara sedang membangun boleh mencuba untuk memulangkan aset tersebut setelah pemimpin negara itu sudah tidak berkuasa lagi walaupun sangat susah untuk mengesan di mana aset-aset curian hasil daripada rasuah ini. Pemerolehan semula aset negara, hasil daripada rasuah di negara-negara sedang membangun yang umumnya disimpan di pusat-pusat kewangan negara maju, merupakan agenda utama kerjasama Antarabangsa dalam konvensyen ini. Pemerolehan semula aset negara yang dicuri sangatlah penting, memandangkan rasuah di banyak negara membangun terjadi secara sistematik, sebagai suatu perbuatan yang sangat merugikan serta dapat merosak sendi-sendi kemajuan perekonomian di negara tersebut. Tesis ini melibatkan kajian mendalam terhadap rasuah dan pemerolehan semula aset curian hasil daripada perbuatan rasuah. Kajian menjawab beberapa persoalan di antaranya ialah meninjau rangka kerja dari Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC) dalam pelaksanaan pemerolehan semula aset curian. Kajian ini juga menggunakan kaedah kajian sosio-perundangan dan pendekatan kualitatif dengan mengutamakan kaedah deskripsi, kajian mendalam dan mengkaji secara holistik berhubung permasalahan pemerolehan semula aset curian tersebut. Kajian kes juga di gunakan bagi mendalami permasalahan yang sedang dikaji. Pengumpulan data menggunakan bahan rujukan daripada perpustakaan, akhbar, laman web dan sebagainya. Hasil daripada kajian ini boleh dibuat beberapa kesimpulan. Di antaranya, rasuah ialah suatu masalah global, dengan adanya rasuah maka ada aset yang dicuri dan kemudian disembunyikan ke luar negara, oleh kerana itu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah dibuat dengan tujuan memberikan kerangka kerja pemerolehan semula aset, sehingga dengan adanya kerangka kerja ini dapat mempersingkat masa dan juga biaya yang diperlukan sesebuah negara untuk memperolehi semula aset curian tersebut.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 113 |
Call Number: | C29.DIM 2012 2 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122922+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 421.84 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.