Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463993
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohimi Shapiee, Prof. Dr.
dc.contributor.authorDimas Pria Yudhistira Ariyanto (P40372)
dc.date.accessioned2023-09-26T02:39:55Z-
dc.date.available2023-09-26T02:39:55Z-
dc.date.issued2012-02-23
dc.identifier.otherukmvital:122922
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463993-
dc.descriptionRatifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Menentang Rasuah pada tahun 2003 oleh negara-negara ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu secara politik telah menjadikan negara-negara di dunia mempunyai komitmen untuk menentang rasuah melalui kerjasama antarabangsa. Melalui konvensyen PBB ini, berlaku perubahan paradigma dalam melihat fenomena serta pelbagai aspek rasuah sebagai jenayah transnasional. Kini semakin disedari, bahwa pencegahan rasuah tidaklah dapat dilakukan oleh suatu negara tanpa adanya kerjasama dengan negara lain. Negara-negara perlu mempunyai komitmen bersama dalam pembenterasan rasuah. Rasuah oleh penjawat tinggi negara banyak terjadi di negara-negara sedang membangun, para pemimpin negara-negara tersebut dalam tempoh mereka berkuasa banyak melakukan perbuatan rasuah yang sangat merosak perekonomian negara. Aset hasil dari perbuatan rasuah ini kemudian dibawa ke luar negara untuk disembunyikan di banyak negara-negara maju yang memiliki sistem kerahsiaan bank yang sangat tinggi. Negara-negara sedang membangun boleh mencuba untuk memulangkan aset tersebut setelah pemimpin negara itu sudah tidak berkuasa lagi walaupun sangat susah untuk mengesan di mana aset-aset curian hasil daripada rasuah ini. Pemerolehan semula aset negara, hasil daripada rasuah di negara-negara sedang membangun yang umumnya disimpan di pusat-pusat kewangan negara maju, merupakan agenda utama kerjasama Antarabangsa dalam konvensyen ini. Pemerolehan semula aset negara yang dicuri sangatlah penting, memandangkan rasuah di banyak negara membangun terjadi secara sistematik, sebagai suatu perbuatan yang sangat merugikan serta dapat merosak sendi-sendi kemajuan perekonomian di negara tersebut. Tesis ini melibatkan kajian mendalam terhadap rasuah dan pemerolehan semula aset curian hasil daripada perbuatan rasuah. Kajian menjawab beberapa persoalan di antaranya ialah meninjau rangka kerja dari Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah (UNCAC) dalam pelaksanaan pemerolehan semula aset curian. Kajian ini juga menggunakan kaedah kajian sosio-perundangan dan pendekatan kualitatif dengan mengutamakan kaedah deskripsi, kajian mendalam dan mengkaji secara holistik berhubung permasalahan pemerolehan semula aset curian tersebut. Kajian kes juga di gunakan bagi mendalami permasalahan yang sedang dikaji. Pengumpulan data menggunakan bahan rujukan daripada perpustakaan, akhbar, laman web dan sebagainya. Hasil daripada kajian ini boleh dibuat beberapa kesimpulan. Di antaranya, rasuah ialah suatu masalah global, dengan adanya rasuah maka ada aset yang dicuri dan kemudian disembunyikan ke luar negara, oleh kerana itu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah dibuat dengan tujuan memberikan kerangka kerja pemerolehan semula aset, sehingga dengan adanya kerangka kerja ini dapat mempersingkat masa dan juga biaya yang diperlukan sesebuah negara untuk memperolehi semula aset curian tersebut.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectCorruption
dc.subjectPolitical corruption
dc.titleKerangka kerja UNCAC dalam pemerolehan semula aset curian
dc.typetheses
dc.format.pages113
dc.identifier.callnoC29.DIM 2012 2 tesis
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122922+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
421.84 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.