Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463988
Title: Keperluan undang-undang khusus tentang buli dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia
Authors: Farah Shuhada Ramli (P88750)
Supervisor: Ramalinggam Rajamanickam, Prof. Madya Dr.
Keywords: Criminal law -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jun-2020
Description: Perlakuan buli semakin mendapat perhatian dan sering dilaporkan oleh media massa di Malaysia. Perbuatan membuli yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian daripada asam garam dalam peralihan kehidupan dari zaman kanak-kanak kepada remaja, telah berubah wajah kepada perlakuan ganas serta jenayah kejam sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat. Di Malaysia, perdebatan masih bertumpu pada strategi terbaik untuk menyelesaikan isu statistik buli di sekolah-sekolah yang terus meningkat saban tahun. Isu peningkatan statistik ini sekiranya dilihat dengan lebih teliti berkait rapat dengan kerangka undang-undang yang lemah. Sehingga kini, tidak terdapat satu tafsiran yang jelas dalam undang-undang jenayah di Malaysia yang memperuntukkan tafsiran “buli” berserta peruntukan kesalahan yang spesifik. Malahan, Malaysia telah jauh ketinggalan dari segi penguatkuasaan undang-undang berbentuk pencegahan berkaitan perlakuan buli ini. Oleh itu, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk: (i) mendefinisikan istilah “buli” dalam konteks undang-undang jenayah di Malaysia; (ii) mengenal pasti dan menganalisis peruntukan yang berkaitan kesalahan buli dalam undang-undang di Malaysia dengan membandingkannya dengan negara Filipina dan India, dan (iii) mencadangkan penambahbaikan undang-undang dalam konteks kesalahan buli di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, penyelidikan ini menerima pakai pendekatan penyelidikan perundangan tulen yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat lakuna dalam undang-undang jenayah di Malaysia dalam memberikan tafsiran berkaitan istilah “buli” secara jelas. Selain itu, tidak terdapat peruntukan khusus yang menangani buli dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya yang tidak melibatkan buli secara fizikal. Sehubungan itu, penyelidikan ini mencadangkan agar suatu kerangka undang-undang spesifik yang memberikan tafsiran kepada istilah “buli” berserta dengan peruntukan-peruntukan khusus dalam undang-undang jenayah berkaitan buli dalam kalangan pelajar sekolah perlu diwujudkan. Penambahbaikan ini boleh dilakukan sama ada melalui pindaan terhadap Kanun Keseksaan (Akta 574) atau dengan mewujudkan suatu akta yang baharu.,Sarjana Undang-Undang
Pages: 156
Call Number: C29.FAR 2020 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122712+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.