Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463983
Title: Perlindungan undang-undang terhadap Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai kawasan tadahan hujan yang penting bagi lembangan Sungai Buloh
Authors: Noor Syahida Shahidan (P83105)
Supervisor: Rasyikah Md Khalid, Prof. Madya Dr.
Keywords: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Ecosystem management
Issue Date: 5-Oct-2018
Description: Pokok-pokok di hutan bertindak sebagai penyerap yang akan mencengkam tanah di kawasan tadahan air hujan serta memperlahankan larian permukaan air ke sungai dan laut. Oleh itu, hutan perlu dipelihara supaya ekosistem semula jadinya tidak terganggu dan boleh menyebabkan bencana alam yang mengancam nyawa seperti tanah runtuh dan banjir. Pemeliharaan hutan penting kerana sistem pengurusan lembangan sungai turut bergantung kepada pokok-pokok di hutan bagi menyerap air hujan dan pengaliran air ke sungai. Oleh yang demikian, penjagaan sumber di sekitar kawasan lembangan sungai hendaklah dijaga dan diurus dengan baik, terutamanya kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan hujan dan pengairan kepada lembangan-lembangan sungai, tasik-tasik, empangan-empangan dan laut. Tapak hutan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) merupakan salah satu hutan yang penting sebagai kawasan tadahan hujan bagi Lembangan Sungai Buloh. Sebagai hutan tropika tertua di dunia, FRIM telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada tahun 2012 atas faktor keunikan biodiversitinya di samping mempunyai spesies-spesies pokok eksotik. Namun, oleh kerana kedudukannya yang strategik di negeri Selangor, beberapa percubaan untuk membangunkan lebuhraya melepasi FRIM dan pusat percutian di dalam FRIM akan menganggu-gugat kedudukan FRIM sebagai kawasan tadahan hujan yang penting bagi Lembangan Sungai Buloh. Selain itu, peranan dan fungsi kerajaan terhadap pengurusan lembangan bersepadu dan perlindungan hutan sebagai kawasan tadahan juga perlu dikaji dan dianalisa di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian perpustakaan dan temubual bersama informan-informan berkaitan. Kajian ini mendapati status Tapak Warisan Kebangsaan dan perundangan sedia ada di Malaysia masih tidak dapat melindungi FRIM secara holistik daripada ancaman perancangan pembangunan. Oleh itu, usaha untuk menamakan FRIM sebagai Tapak Warisan Dunia dan mewartakan FRIM sebagai hutan simpanan kekal mampu untuk melindungi kedudukan hutan FRIM sebagai kawasan tadahan hujan yang penting bagi Lembangan Sungai Buloh, mengekalkan ekosistem yang baik dan menjamin kesejahteraan pendiduk di sekitar FRIM dan di Lembangan Sungai Buloh.,Sarjana Undang-undang
Pages: 135
Call Number: C39.NOO 2018 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119804+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
642.72 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119804+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.