Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463980
Title: Hak pesakit wanita di wad bersalin dari perspektif Undang-Undang jagaan kesihatan awan: satu kajian sosio-perundangan
Authors: Azlinda Baroni (P83548)
Supervisor: Anisah Che Ngah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Human rights
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
women's rights
Issue Date: 18-Jan-2018
Description: Hak pesakit wanita di wadbersalin, pada dasarnya, berkaitrapat dengan hak pesakit yang lain. Namun demikian, ia agak berbeza dari beberapa aspek, kerana hak pesakit wanita lebih menitikberatkan kepada aspek kehormatan diri, hak rawatan yang sensitif menurut kepercayaan, budaya dan pegangan agama yang dianuti wanita tersebut. Persoalannya adalah samaada hak yang disebutkan diatas itu dilindungi oleh undang-undang jagaan kesihatan awam yang terdapat di wadbersalin di hospital kerajaan di Malaysia? Kajian inimengenalpasti sama ada perundangan jagaan kesihatan sedia ada, dasar dan garispanduan berkenaan kehormatan diridan perawatan pesakit wanita di wad bersalin hospital kerajaan setanding dengan standad penjagaan kesihatan wanita yang ditetapkan diperingkat antarabangsa.Metodologi yang digunakan didalam tesis ini merupakan penelitian perundangan jagaan kesihatan, dasar kesihatankerajaan termasuk garispanduan jagaan dan rawatan yang spesifik kepada pesakit wanita.Penyelidikan dan penelitian terhadap perundangan tersebut dilaksanakan bagi menentukan kewujudan serta penggunaan perundangan jagaan kesihatan di hospital kerajaan lantas, gambaran jelas tentang kedudukan hak pesakit wanita di wadbersalindapat dilihat diperingkat akar umbi.Selanjutnya,kajianlapangan telah dilaksanakan melaluitemuramah dan perbincangan kumpulan fokus dengandoktor pakar Obstetrik & Ginekologi dan jururawat terlatih di wad bersalin.Penyelidik mendapati bahawa tidak ada satu dasar kebangsaan yang berkaitan dengan hak pesakitwanita di hospital kerajaan. Oleh yang demikian, penyelidik mencadangkan agar satu dasar baru dibentuk bagi memantapkan garispanduan, manual atau protokol sedia ada bertujuan melicinkan tadbir urus di wad bersalin serta meningkatkan mutu penjagaan kesihatan untuk pesakit wanita hamil. UNIVERSIT,Sarjana Undang-undang
Pages: 255
Call Number: C75.AZL 2018 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119801+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
1.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119801+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.