Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463975
Title: Penerimaan pakai CSR wajib menurut perspektif perundangan Indonesia
Authors: Firanti Surya Pratiwi (P61188)
Supervisor: Hasani Mohammad Ali, Prof.
Keywords: Social responsibility of business -- Indonesia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Corporate governance
Issue Date: 13-Jul-2016
Description: Indonesia telah mengaturkan perundangan yang mewajibkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di kalangan pelabur dan syarikat di Indonesia tetapi undang-undang ini telah mendatangkan banyak kritikan daripada komuniti perniagaan disebabkan oleh, antaranya, kekaburan dalam perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang ini. Merujuk kepada kritikan terhadap perundangan sedia ada yang mewajibkan CSR di Indonesia, kajian ini bertujuan mengenalpasti langkah-langkah bagi menambahbaik kerangka undang-undang yang mewajibkan CSR di Indonesia untuk mencapai matlamat CSR yang sebenar dan selari dengan perspektif Indonesia. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian yang bersifat doktrinal ini akan menggunakan pendekatan analisis diskriptif dan penafsiran teks undang-undang di Indonesia dalam meninjau kerangka undang-undang yang mewajibkan CSR di Indonesia di mana satu kerangka analitis yang terdiri daripada tiga peringkat telah dibangunkan untuk menjawab persoalan kajian yang dibangkitkan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa matlamat sebenar pengaturan CSR wajib dari perspektif Indonesia ialah untuk mensejahterakan rakyat Indonesia melalui penggunaan sumber semula jadi yang diatur di dalam dua akta utama iaitu Undang-Undang No 25 Tahun 2007 Tentang Penanaman Modal dan Undang-Undang No 40 Tahun 2007 tentang Perseroan Terbatas, dan disokong oleh akta-akta lain yang berkaitan. Kelemahan dari segi perundangan dan pengamalan yang dapat dikenalpasti dalam kajian ini termasuk pembatasan dalam peruntukan CSR wajib terutamanya di mana hukuman tidak diperuntukkan dalam undang-undang utama CSR dan perlu merujuk kepada undang-undang lain. Selain daripada mewujudkan hukuman sendiri dalam undang-undang utama CSR wajib, kajian ini juga mencadangkan bahawa perlunya satu garis panduan perlaksanaan CSR wajib dan juga penubuhan jawatankuasa khas yang memantau dan menguatkuasakan kewajiban menjalankan CSR di Indonesia. Kesimpulannya, perlaksanaan CSR adalah penting dalam memastikan pembangunan ekonomi Indonesia tidak menjejaskan hubungan yang seimbang dengan alam sekitar, nilai, norma dan budaya masyarakat setempat di mana aktiviti ekonomi dapat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan masyarakat secara umumnya. Dalam konteks Indonesia, kerangka undang-undang yang mewajibkan perlaksanaan CSR telah diwujudkan walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam perundangan dan perlaksanaanya di mana kajian ini telah menganjurkan beberapa cadangan yang mungkin dapat mengatasi kelemahan yang telah dikenalpasti untuk menjayakan perlaksanaan CSR wajib di Indonesia.,Sarjana Undang-undang
Pages: 168
Call Number: C15.FIR 2016 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119787+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
383.61 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119787+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
976.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.