Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463973
Title: Analisa perundangan terhadap polisi harta intelek Universiti : implikasi kepada pengkomersilan
Authors: Norliah Yaakub (P66191)
Supervisor: Zinatul Ashiqin Zainol, Prof. Madya Dr.
Keywords: Intellectual property
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Sep-2015
Description: Universiti memainkan peranan yang sangat penting dalam memperkasa aktiviti penyelidikan dan inovasi bagi menghasilkan produk yang boleh dikomersilkan. Kejayaan aktiviti pengkomersilan hasil penyelidikan dan inovasi di sesebuah universiti bergantung kepada strategi penyelidikan berfokus pasaran (market driven) serta kewujudan polisi pengurusan harta intelek yang mantap dalam membantu tadbir urus aktiviti penyelidikan, inovasi serta pengkomersilan. Pada masa ini, terdapat 3 bentuk model polisi yang digunakan oleh kebanyakan universiti untuk mengurus harta intelek yang dihasilkan melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi iaitu Polisi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Polisi Harta Intelek dan Polisi Pengkomersilan. Kajian ini memberi fokus kepada Polisi Harta Intelek Universiti berkaitan kandungannya. 6 isu perundangan yang mempunyai impak kepada pengkomersilan dikaji iaitu hak milik harta intelek, pendedahan penciptaan pra matang, pendedahan penciptaan untuk perlindungan harta intelek, kerahsiaan, pengurusan pengkomersilan, penyelesaian pertikaian dan agihan pendapatan. Analisa kandungan Polisi Harta Intelek ini dibuat secara perbandingan antara 4 buah Universiti Berfokus Teknikal dan beberapa buah Universiti Penyelidikan. Kajian ini dilaksanakan melalui kajian keperpustakaan terhadap semua akta berkaitan harta intelek iaitu Akta Paten 1983, Akta Hakcipta 1987, Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010, Polisi Pengkomersilan Harta Intelek Hasil R&D yang Dibiayai oleh Kerajaan Malaysia 2009 dan kes-kes yang diputuskan mahkamah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis undang-undang yang bersesuaian dengan penulisan perundangan dan keaslian data serta kajian perbandingan untuk melihat perlaksanaan Polisi Harta Intelek di beberapa buah universiti. Kajian kes di beberapa buah Universiti Berfokus Teknikal di Malaysia dilaksanakan bagi mengenalpasti hubungkait setiap isu perundangan ini dengan undang-undang harta intelek serta kesannya kepada aktiviti pengkomersilan. Kajian ini mendapati bahawa 6 isu perundangan yang dianalisa dalam Polisi Harta Intelek Universiti mempunyai kesan kepada pengkomersilan iatu perlaksanaan model hak milik harta intelek yang tidak fleksibel, pendedahan penciptaan pra matang yang menjejaskan proses perlindungan harta intelek, pengurusan pendedahan penciptaan yang mengabaikan kepentingan limitasi masa, pengabaian terhadap kepentingan pengurusan kerahsiaan, pertindanan fungsi antara universiti dan Agensi Inovasi Malaysia terhadap hak pengkomersilan harta intelek yang dibiayai oleh dana kerajaan, kekaburan dalam penentuan agihan pendapatan hasil pengkomersilan dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang tidak jelas. Cadangan penambahbaikan juga turut dikemukakan bagi mewujudkan Polisi Harta Intelek Universiti yang lebih berkesan dalam meningkatkan keupayaan aktiviti pengkomersilan di universiti.,Sarjana Undang-undang
Pages: 179
Call Number: C59.NOR 2015 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119784+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
416.73 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119784+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
964.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.