Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463970
Title: | Rundingan dalam proses pendengaran di tribunal tuntutan pengguna Malaysia : keperluan kepada Tribunal-Annexed Mediation |
Authors: | Zamani Osman (P85474) |
Supervisor: | Rahmah binti Ismail, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Consumer protection -- Law and legislation Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Dec-2019 |
Description: | Setelah lebih 15 tahun Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) telah mula beroperasi sejak tahun 2000, telah memberi peluang kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan tebus rugi terhadap peniaga atau penyedia perkhidmatan dengan cara mudah, murah dan cepat. Salah satu elemen unik yang diserapkan dalam prosiding pendengaran di TTPM adalah amalan rundingan ditawarkan kepada pihak-pihak semasa pendengaran. Rundingan yang juga sebagai salah satu daripada cabang penyelesaian pertikaian alternatif(ADR) ini dilihat tidak memberi impak yang signifikan dalam membantu pengguna dan peniaga menyelesaikan pertikaian di TTPM. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh TTPM, rundingan hanya menyumbang 10% daripada jumlah penyelesaian yang direkodkan di TTPM. Wujud persoalan sama ada mediasi perlu diperkenalkan dalam prosiding pendengaran TTPM. Mediasi juga daripada keluarga ADR dilihat mempunyai kelebihan dengan kehadiran pihak ketiga(mediator) semasa kaukus serta mementingkan elemen kerahsiaan semasa rundingan berlangsung. Objektif tesis ini untuk mengkaji konsep rundingan serta mediasi dalam konteks ADR, falsafah perundangan, jurisprudens undang-undang serta amalan mediasi di beberapa negara terpilih iaitu Singapura, Australia dan New Zealand. Kajian ini juga akan mendapatkan pandangan serta persepsi pegawai TTPM mengenai proses rundingan dan mediasi serta penerimaan mereka jika mediasi dijadikan sebagai sebahagian daripada prosiding di TTPM. Kajian ini juga mendapatkan pandangan serta persepsi pengguna perkhidmatan TTPM iaitu pengguna serta peniaga/penyedia perkhidmatan tentang konsep rundingan serta mediasi dan penerimaan mereka jika mediasi diperkenalkan dalam prosiding TTPM. Kajian kualitatif dan kuantitatif akan dianalisis melalui perbincangan kumpulan terfokus dan juga Borang Soal Selidik dalam melihat reaksi serta pandangan pegawai TTPM dan juga pengguna perkhidmatan TTPM iaitu pengguna dan juga peniaga/penyedia perkhidmatan berkaitan kedua-dua mod ADR ini. Di akhir kajian ini, dapat dirumuskan samada perlu diperkenalkan mediasi sebagai mod ADR yang diserapkan dalam prosedur pendengaran di TTPM dan ia dinamakan sebagai Tribunal-Annexed Mediation.,Sarjana Undang-Undang |
Pages: | 298 |
Call Number: | C23.ZAM 2019 2 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119760+Source01+Source01.1.PDF Restricted Access | 1.26 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_119760+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.07 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.