Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463970
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRahmah binti Ismail, Prof Madya Dr.-
dc.contributor.authorZamani Osman (P85474)-
dc.date.accessioned2023-09-26T02:39:45Z-
dc.date.available2023-09-26T02:39:45Z-
dc.date.issued2019-12-20-
dc.identifier.otherukmvital:119760-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463970-
dc.descriptionSetelah lebih 15 tahun Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) telah mula beroperasi sejak tahun 2000, telah memberi peluang kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan tebus rugi terhadap peniaga atau penyedia perkhidmatan dengan cara mudah, murah dan cepat. Salah satu elemen unik yang diserapkan dalam prosiding pendengaran di TTPM adalah amalan rundingan ditawarkan kepada pihak-pihak semasa pendengaran. Rundingan yang juga sebagai salah satu daripada cabang penyelesaian pertikaian alternatif(ADR) ini dilihat tidak memberi impak yang signifikan dalam membantu pengguna dan peniaga menyelesaikan pertikaian di TTPM. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh TTPM, rundingan hanya menyumbang 10% daripada jumlah penyelesaian yang direkodkan di TTPM. Wujud persoalan sama ada mediasi perlu diperkenalkan dalam prosiding pendengaran TTPM. Mediasi juga daripada keluarga ADR dilihat mempunyai kelebihan dengan kehadiran pihak ketiga(mediator) semasa kaukus serta mementingkan elemen kerahsiaan semasa rundingan berlangsung. Objektif tesis ini untuk mengkaji konsep rundingan serta mediasi dalam konteks ADR, falsafah perundangan, jurisprudens undang-undang serta amalan mediasi di beberapa negara terpilih iaitu Singapura, Australia dan New Zealand. Kajian ini juga akan mendapatkan pandangan serta persepsi pegawai TTPM mengenai proses rundingan dan mediasi serta penerimaan mereka jika mediasi dijadikan sebagai sebahagian daripada prosiding di TTPM. Kajian ini juga mendapatkan pandangan serta persepsi pengguna perkhidmatan TTPM iaitu pengguna serta peniaga/penyedia perkhidmatan tentang konsep rundingan serta mediasi dan penerimaan mereka jika mediasi diperkenalkan dalam prosiding TTPM. Kajian kualitatif dan kuantitatif akan dianalisis melalui perbincangan kumpulan terfokus dan juga Borang Soal Selidik dalam melihat reaksi serta pandangan pegawai TTPM dan juga pengguna perkhidmatan TTPM iaitu pengguna dan juga peniaga/penyedia perkhidmatan berkaitan kedua-dua mod ADR ini. Di akhir kajian ini, dapat dirumuskan samada perlu diperkenalkan mediasi sebagai mod ADR yang diserapkan dalam prosedur pendengaran di TTPM dan ia dinamakan sebagai Tribunal-Annexed Mediation.,Sarjana Undang-Undang-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undang-
dc.rightsUKM-
dc.subjectConsumer protection -- Law and legislation-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleRundingan dalam proses pendengaran di tribunal tuntutan pengguna Malaysia : keperluan kepada Tribunal-Annexed Mediation-
dc.typetheses-
dc.format.pages298-
dc.identifier.callnoC23.ZAM 2019 2 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119760+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
1.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119760+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.