Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463967
Title: Kebolehterimaan keterangan forensik di mahkamah syariah di Malaysia
Authors: Syazwan Mohd. Yusof (P79235)
Supervisor: Ramalinggam Rajamanickam, Prof. Madya Dr.
Keywords: Administrative procedure -- Malaysia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 17-Sep-2019
Description: Pemakaian sains dan teknologi dalam sistem perundangan syariah di Malaysia semakin berkembang dalam pengendalian kes-kes yang melibatkan pembuktian secara forensik. Namun, persoalan sering timbul sama ada keterangan forensik yang dikemukakan di mahkamah syariah mematuhi hukum syarak. Dalam konteks ini, terdapat permasalahan berkaitan tafsiran peruntukan berkenaan keterangan pakar yang tidak jelas dan ketiadaan panduan dalam konteks kebolehterimaan keterangan forensik di mahkamah syariah. Oleh itu, penyelidikan ini menggariskan tiga objektif. Objektif pertama penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti kedudukan keterangan forensik dari sudut fiqh dan undang-undang syariah yang dikanunkan di Malaysia. Objektif kedua pula adalah untuk menganalisis kedudukan keterangan forensik sebagai keterangan yang boleh diterima di mahkamah syariah di Malaysia dan mengenal pasti masalah pengaplikasiannya. Objektif terakhir penyelidikan ini adalah untuk mencadangkan penambahbaikan dalam aspek kebolehterimaan keterangan forensik di mahkamah syariah di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah penyelidikan secara kualitatif digunakan. Pengumpulan data dilakukan dengan dua kaedah, iaitu analisis dokumen dan temu bual terhadap responden yang terpilih. Hasil penyelidikan mendapati bahawa peruntukan seksyen 33 enakmen keterangan mahkamah syariah yang berkaitan dengan keterangan forensik lazimnya ditafsirkan secara harfiah. Penyelidikan juga mendapati bahawa terdapat banyak kekangan yang dihadapi oleh para hakim syarie dan pengamal syariah dalam menggunakan peruntukan seksyen 33 enakmen keterangan mahkamah syariah dalam menerima keterangan forensik. Tambahan pula, mahkamah syariah lebih berpegang pada kaedah pembuktian secara tradisi, iaitu iqrar (pengakuan), shahadah(kesaksian) dan yam'n(sumpah). Oleh itu, penyelidikan mencadangkan agar tafsiran seksyen 33 enakmen keterangan mahkamah syariah diperluas dari segi pemakaiannya. Selain itu, panduan khusus dalam bentuk arahan amalan kepada bidang kehakiman syariah dalam konteks kebolehterimaan keterangan forensik juga perlu digubal.,Sarjana Undang-Undang
Pages: 244
Call Number: C1.SYA 2019 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119756+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
936.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119756+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.