Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463957
Title: Kekeliruan iklan penerbangan tambang murah daripada perspektif perundangan di Malaysia
Authors: Norsuhaida Che Musa (P51399)
Supervisor: Kamal Halili Hassan, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-May-2011
Description: Konsep penerbangan tambang murah telah merancakkan pertumbuhan industri penerbangan di Malaysia sejak ia diperkenalkan pada 2002 oleh Air Asia Berhad. Strategi penjenamaan tambang murah secara besar-besaran melalui iklan media cetak dan elektronik ternyata sangat berkesan sehinggakan ia menanam satu kepercayaan bahawa penerbangan tambang murah sememangnya menawarkan harga yang murah kepada pengguna. Persoalannya, sejauhmanakah konsep penerbangan ini menawarkan tambang murah seperti di dakwa dalam iklan-iklannya? Adakah paparan iklan yang bermatlamatkan tambang murah ini selari dengan perundangan serta kod pengiklanan dan penerbangan di Malaysia? Oleh itu, kajian ini mengambil beberapa pendekatan untuk menjelaskan bentuk-bentuk iklan yang didakwa mengelirukan serta menganalisis kelemahan yang terdapat dalam perundangan pengiklanan ataupun undang-undang penerbangan komersil bagi mengelakkan isu ini terus berlarutan. Untuk mencapai matlamat ini, kajian memilih kaedah kajian kepustakaan, kajian kes dan kerja lapangan seperti temu ramah serta soalan kaji selidik bagi mengetahui akar permasalahan seterusnya arah tuju penyelesaiannya dari aspek sosial perundangan. Dapatan kajian mendapati bahawa, iklan penerbangan tambang murah di Malaysia telah mengelirukan pengguna berdasarkan ciri dan bentuk paparannya dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Selain itu, undangundang pengiklanan dan penerbangan perlu dikaji semula untuk mengisi kelompangan dari segi peruntukan dan penguatkuasaan yang didapati masih gagal untuk menghentikan paparan iklan yang mengelirukan pengguna. Pengiklan pula sewajarnya mengubah teknik pengiklanan mereka agar mudah difahami oleh pengguna yang terdiri dari pelbagai golongan dan latar belakang. Begitu juga dengan pihak pengawalan dan penguatkuasaan iklan dan penerbangan komersial iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersama-sama Jabatan Penerbangan Awam perlu bekerjasama untuk mengawal syarikat penerbangan komersial dengan membuat pemantauan iklan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan dan hanya akan menyiarkan iklan setelah ia diluluskan oleh badan pengawalan iklan penerbangan komersial.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Undang-Undang
Pages: 128
Call Number: C23.NOR 2011 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114822+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.