Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463933
Title: | Perlakuan tidak bermoral : penguatkuasaan dan perlaksanaan hukuman di bawah undang-undang jenayah Islam di negeri Melaka |
Authors: | Nazrul 'Aini binti Abenoh (P40383 ) |
Supervisor: | Anita Abdul Rahim, Dr. |
Keywords: | Undang-undang jenayah Islam |
Issue Date: | 2011 |
Description: | Perlakuan tidak bermoral boleh membawa pengertian dari pelbagai konteks. Dalam kajian ini, perlakuan tidak bermoral adalah merujuk kepada sebarang perlakuan yang menyalahi syarak. Ianya termasuk kesalahan-kesalahan pemujaan, menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam samada secara lisan atau bertulis, mempersendakan agama Islam, mempersendakan ayat Quran, tidak menghormati bulan Ramadhan dengan makan, minum atau menghisap rokok, berjudi, meminum minuman yang memabukkan, lelaki berlagak seperti perempuan dan melakukan perbuatan yang tidak sopan dikhalayak ramai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang bersangkutan dengan kesalahan perlakuan tidak bermoral itu sendiri. Ianya juga berhasrat meneliti permasalahan berkaitan dengan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Melaka serta menilai keberkesanannya. Dalam masa yang sama, kajian ini turut mengkaji permasalahan berkaitan dengan hukuman yang diberikan oleh Hakim dalam kesalahan-kesalahan yang membabitkan perlakuan tidak bermoral. Kajian ini adalah merupakan suatu kajian undang-undang yang bersifat kualitatif. Ianya menggunakan dua kaedah kajian iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan dilakukan ke atas bahan-bahan penerbitan yang berkaitan. Metodologi analisa kandungan digunapakai dalam menganalisa peruntukan undang-undang serta penghakiman kes-kes. Kajian lapangan pula dijalankan di Jabatan Agama Islam setiap daerah Melaka. Metod pengumpulan data yang digunapakai ialah penganalisaan ke atas temubual dan borang kaji selidik. Analisa statistik juga turut diperolehi daripada Jabatan setiap daerah di Melaka bermula dari tahun 2005 hingga tahun 2009. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai permasalahan berkait dengan kesalahan, penguatkuasaan serta hukuman yang dikenakan ke atas Orang Yang Kena Tuduh. Akhir sekali, kajian ini mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian serta penambahbaikan dalam mengatasi permasalahan.,Master/Sarjana |
Pages: | 99 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75272+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 658.33 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.