Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463825
Title: | Analisis kefungsian promoter Strearoil-ACP-Desaturase Elaeis guineensis dalam tomato di bawah pengaruh elisitor abiotik |
Authors: | Leong Siow Li (P46266) |
Supervisor: | Ismanizan Ismail, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Genetic transcription Promoters (Genetics) Oil palm Plant molecular biology Botanical chemistry Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Aug-2011 |
Description: | Objektif kajian penyelidikan ini adalah untuk mengkaji aktiviti kefungsian promoter stearoil-ACP desaturase melalui pengekspresan gen gus dengan menggunakan tomato ceri sebagai sistem heterologus dan menilai kesan elisitor abiotik terhadap pengaktifan promoter. Sistem pengasaian transien iaitu agroinfiltrasi berperantarakan Agrobacterium tumefaciens pada buah tomato telah digunakan untuk menjalankan analisis kefungsian promoter stearoil-ACP desaturase dalam penyelidikan ini. Jujukan penuh promoter stearoil-ACP desaturase dan empat serpihan delesi yang dikenali sebagai Des1 (1031 pb), Des2 (919 pb), Des3 (812 pb), Des4 (600 pb) dan Des5 (315 pb) telah diklonkan setiap satunya ke dalam vektor pCAMBIA 1301. Analisis kefungsian promoter stearoil-ACP desaturase dilakukan ke atas kepingan mesokarpa tomato masing-masing ditransformasikan dengan konstruk promoter stearoil-ACP desaturase (Des1-Des5). Pengasaian histokimia berjaya mengesan pengekspresan gen gus dalam semua tisu yang diuji dan menunjukkan perbezaan tahap pengekspresan secara kualitatif antara serpihan delesi promoter berlainan yang digunakan. Asai GUS fluorometrik menunjukkan corak pengekspresan kuantitatif gen gus meningkat secara signifikan apabila di bawah kawalan konstruk promoter stearoil-ACP desaturase berbanding dengan promoter CaMV 35S. Secara perbandingan, aktiviti GUS yang dikawal oleh jujukan penuh promoter stearoil-ACP desaturase (Des1) adalah kira-kira 20 kali ganda lebih tinggi daripada CaMV 35S. Hasil analisis separa kuantitatif transkripsi berbalik-PCR (RT-PCR) adalah selaras dengan kedua-dua asai histokimia dan fluorometrik yang menunjukkan promoter Des3 mengaruh pengekspresan gen gus pada tahap yang paling tinggi. Aktiviti GUS transien yang diaruh oleh Des3 adalah 2.9 kali ganda lebih tinggi daripada Des5 dalam tomato ceri tertransform. Aktiviti GUS yang dikawal oleh promoter CaMV 35S meningkat sebanyak 2.9 kali ganda selepas elisitasi 150 μM asid jasmonik dan meningkat sebanyak 3.2 kali ganda selepas elisitasi 10 μM asid giberelik. Selain itu, aktiviti GUS dalam mesokarpa tomato tertransform dengan promoter Des1 meningkat sebanyak 1.5 kali ganda selepas pengeraman dalam 150 μM asid jasmonik dan meningkat sebanyak 1.7 kali ganda selepas pengeraman dalam 10 μM asid giberelik. Namun, aktiviti GUS pada tomato yang membawa konstruk Des5 menurun sebanyak 1.2 kali ganda apabila dieram dalam 150 μM asid jasmonik dan menurun sebanyak 1.9 kali ganda apabila dieram dalam 10 μM asid giberelik. Keputusan yang diperoleh mencadangkan elemen responsif terhadap asid jasmonik dan asid giberelik terletak di lokasi -600 hingga -316 dalam promoter stearoil-ACP desaturase. Kajian ini berjaya menganalisis aktiviti kefungsian promoter stearoil-ACP desaturase. Berdasarkan hasil eksperimen, penggunaan eksogen asid jasmonik dan asid giberelik telah dibuktikan boleh mengaruh aktiviti promoter stearoil-ACP desaturase.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 143 |
Call Number: | QH450.2.L444 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114832+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 714.79 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.