Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463824
Title: Transformasi genetik timun (Cucumis sativus L.) berasaskan promoter 35s CaMV dan terbitannya secara berperantarakan Agrobacterium rhizogenes A4
Authors: Mohammad Razi Anuar (P32158)
Supervisor: Ismanizan Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Cucumber mosaic virus
Cucumis
Agrobacterium
Cucumbers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-May-2011
Description: Dalam sistem akar rerambut, penghasilan metabolit sekunder boleh dipertingkatkan dengan penggunaaan promoter yang mempunyai aktiviti transkripsi yang tinggi. Tiga promoter iaitu promoter 35S CaMV, promoter 35S CaMV berganda (35ST CaMV) dan 35ST CaMV dengan jujukan 5' tak tertranslasi Virus Mozaik Alfalfa (35ST CaMV/AMV) dilakukan perbandingan kesan pengekspresan promoter terhadap gen pelapor gus dalam akar rerambut timun transgenik. Vektor binari pCAMBIA 1301 dan terbitannya digunakan untuk membawa promoter-promoter yang dikaji dan gen pelapor gus dikawalatur oleh promoter ini dalam kotiledon timun. Akar rerambut yang terhasil menunjukkan ciri-ciri pembentukkan cabang-cabang yang banyak, pertumbuhan yang galak dan plagiotopik dalam keadaan aksenik. Analisis pengekspresan dilakukan menggunakan pengasaian histokimia, fluorometrik GUS dan PCR masa sebenar relatif. Bilangan salinan gen gus yang diintegrasi didapati dalam bilangan yang rendah iaitu 1 hingga 4 salinan menggunakan PCR masa sebenar kuantitatif. Pewarnaan histokimia akar rerambut timun menunjukkan pengekspresan berlebihan gen gus apabila dikawalatur oleh promoter 35S CaMV dan dibuktikan dengan analisis pengasaian fluorometrik dan rRT- PCR. Pengekspresan gen gus apabila dikawalatur oleh promoter 35ST CaMV menunjukkan aras pengekspresan lebih rendah berbanding promoter 35S CaMV iaitu 9.3 kali ganda (pengasaian fluorometrik GUS) dan 5.5 kali ganda (rRT-PCR) lebih rendah. Sementara itu, pengekspresan gen gus dikawalatur oleh promoter 35ST CaMV/AMV menunjukkan peningkatan yang sedikit berbanding promoter 35ST CaMV iaitu 1.7 kali ganda (pengasaian fluorometrik GUS) dan 1.9 kali ganda (rRT-PCR). Daripada kajian ini, pengekspresan gen pelapor yang tinggi dalam akar rerambut dapat ditingkatkan apabila menggunakan jujukan tunggal promoter 35S CaMV tetapi gandaan salinan promoter tidak berjaya meningkatkan lagi pengekspresan gen pelapor.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 141
Call Number: SB608.C88M638 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114831+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.