Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463805
Title: Degradasi minyak mentah tapis oleh bakteria pencilan tempatan
Authors: Raja Farzarul Hanim Raja Azmy (P35878)
Supervisor: Ainon Hamzah, Prof. Dr.
Keywords: Petroleum -- Biodegradation
Bioremediation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Jul-2012
Description: Bioremediasi adalah aplikasi rawatan secara biologi menggunakan mikrob untuk membersihkan bahan pencemar merbahaya dalam tanah dan air. Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat boleh digunakan untuk menukarkan bahan pencemar merbahaya kepada bentuk yang kurang berbahaya seperti karbon dioksida dan air. Objektif kajian ini adalah untuk memencil, menyaring dan mengenalpasti pencilan bakteria yang berpotensi dalam mendegradasi minyak mentah. Pencilan bakteria seterusnya diuji dengan mengoptimumkan parameter fizikal dan nutrien untuk pertumbuhan yang optimum dan menentukan peratus degradasi hidrokarbon oleh pencilan tunggal dan konsortia. Sebanyak 123 bakteria telah dipencilkan daripada tanah, air kolam rawatan, air bawah tanah dan enapcemar yang tercemar dengan minyak mentah di loji penapisan minyak mentah Petronas. Media garam mineral (MSM) yang ditambah dengan 1% (i/i) minyak mentah Tapis digunakan sebagai media pemencilan. Penyaringan awal dilakukan berdasarkan ujian biokimia, morfologi sel dan koloni mendapati 55 pencilan menunjukkan ciri yang berbeza. Kebanyakan pencilan adalah Gram negatif, berbentuk rod dan motil. Pencilan bakteria seterusnya dipilih berdasarkan suhu eraman, masa pertumbuhan dan keupayaan untuk mencurai minyak mentah. Lima pencilan berupaya hidup pada suhu 45°C dalam tempoh 24 jam dan darjah pencuraian minyak mentah lebih dari 40%. Berdasarkan jujukan gen 16S rRNA, pencilan dikenalpasti sebagai Bacillus sp. (UKMP10T), Stenotrophomonas maltophilia (UKMP11T), Acinetobacter baumannii (UKMP12T), Acinetobacter junnii (UKMP13T) dan Pseudomonas aeruginosa (UKMP14T). Semua pencilan menunjukkan pertumbuhan yang optimum pada pH 7.5 dan suhu eraman 35°C dengan kadar goncangan 150 rpm. Sumber nitrogen yang memberi pertumbuhan optimum untuk semua pencilan adalah amonium sulfat pada kepekatan 0.08% (b/i). Kepekatan minyak mentah Tapis yang memberikan pertumbuhan optimum adalah 1% (i/i) untuk UKMP10T, 11T dan 14T manakala pencilan UKMP12T dan 13T adalah pada 3% (i/i). Degradasi jumlah petroleum hidrokarbon (TPH) dianalisis dengan menggunakan kromatografi gas selepas 7 hari eraman. Pencilan UKMP14T memberi peratusan degradasi yang tinggi iaitu sebanyak 85.20 ± 0.02% untuk TPH, 88.60 ± 0.12% bagi puncak fitana dan 17.2 ± 0.15% bagi puncak pristana. Kombinasi bakteria dibentuk sebagai konsortia di mana A (UKMP10T dan UKMP12T), B (UKMP10T dan UKMP14T), C (UKMP12T dan UKMP14T) dan D (UKMP10T, UKMP12T dan UKMP14T) diuji untuk melihat keberkesanan konsortia ini dalam mendegradasikan 1% (i/i) minyak mentah Tapis dalam tempoh 7 hari eraman. Konsortia C memberikan peratusan degradasi minyak Tapis yang tertinggi iaitu 99.83 ± 0.61% bagi TPH dan 84.54 ± 0.43% bagi pristana.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 129
Call Number: TD427.P4R335 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114494+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.