Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463799
Title: Pemencilan dan analysis fungsi cDNA a-Farnesen Sintase daripada Polygonum minus
Authors: Tan Ee Fun (P48559)
Supervisor: Roohaida Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Antisense DNA -- Laboratory manuals
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Jun-2012
Description: Polygonum minus (kesum) menghasilkan pelbagai jenis metabolit sekunder seperti sesquiterpen termasuk α-farnesen yang menyumbang kepada aroma unik tumbuhan ini. α-farnesen sintase (EC 4.2.3.16) daripada tumbuhan dipercayai memainkan peranan penting dalam tapak jalan metabolisme sekunder, iaitu mengkatalisiskan perubahan 2-trans,6-trans-farnesil difosfat (FPP) kepada α-farnesen dan difosfat dengan kehadiran ion divalen sebagai kofaktor. Jujukan lengkap cDNA AFS daripada P. minus bersaiz 2035 pb dengan rangka bacaan terbuka bagi 562 asid amino telah berjaya diperoleh dan berat molekul protein dijangka adalah 65 kDa. Analisis BLASTx menunjukkan jujukan lengkap α-farnesen sintase P. minus mempunyai kepadanan jujukan nukleotida dan asid amino yang tinggi dengan jujukan sesquiterpen sintase Santalum album (44%) dan Santalum spicatum (44%), E-beta-farnesen sintase Artemisia annua (40%), delta-kadinen sintase Gossypium arboreum (40%) dan Gossypium hirsutum (39%) serta (E,E)-alfa-farnesen sintase Vitis vinifera (41%). Selain daripada itu, terdapat juga jujukan terpulihara DDxxD dan motif RxR pada jujukan asid amino AFS yang merupakan motif bagi kebanyakan jujukan terpen sintase yang dipercayai bertindak sebagai tapak pengencaman bagi pengikatan logam difosfat. Analisis Southern menunjukkan bahawa gen ini adalah ahli kepada famili multigen. Hasil tindak balas berantai polimerase kuantitatif masa sebenar (RT-qPCR) menunjukkan pengekspresan transkrip AFS adalah lebih tinggi di bahagian daun berbanding dengan batang dan akar.Seterusnya, jujukan gen AFS telah diperoleh dan menunjukkan ketiadaan intron manakala kotak TATA gen AFS dengan jujukan TATAAAT didapati berada pada jujukan ke-30. Untuk mengesahkan bahawa klon AFS yang diperoleh mengekod enzim α-farnesen sintase, pengekspresan protein rekombinan pAFS telah dilakukan dengan mengunakan vektor pQe-2 dalam sistem pengekspresan Escherichia coli. Hasil analisis SDS-PAGE dan pemblotan western menunjukkan protein dalam fraksi terlarut yang bersaiz 65 kDa telah berjaya diekspres. Pengasaian aktiviti enzim bagi protein recombinan pAFS menggunakan kaedah GC-MS menunjukkan AFS P. minus dapat mengkatalisis FPP kepada α-farnesen. Pencirian gen dan cDNA bagi α- farnesen sintase memberikan maklumat baru mengenai enzim yang terlibat dalam tapak jalan biosintesis α-farnesen yang merupakan salah satu sebatian yang dihasilkan oleh P. minus.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 148
Call Number: QP624.5.A57T343 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114485+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.