Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463795
Title: Penyaringan potensi alelopati dalam kalangan rumpai dan tumbuhan invasif di Malaysia terhadap rumpai dan tanaman sayuran terpilih
Authors: Nurul Ain Mohammad Bukhari (P77810)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Allelopathy
Weeds
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Feb-2019
Description: Penggunaan herbisid sintetik secara intensif yang digunakan untuk mengawal serangan rumpai dalam industri pertanian menyumbang kepada kesan negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar terutamanya evolusi kerintangan rumpai. Oleh itu, penyelidikan telah dilakukan untuk mengkaji potensi alelopati dalam kalangan spesies rumpai yang terdapat di Malaysia melalui penyaringan bagi membangunkan herbisid yang lebih mesra alam. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan larut resap daun (kaedah “sandwich”) dan kesan pemeruapan daun (kaedah “dish pack”) daripada 100 spesies rumpai dan tumbuhan invasif di Malaysia, yang dibahagikan kepada empat kelas morfologi rumpai ke atas pertumbuhan spesies bioasai. Berdasarkan hasil, kedua-dua kaedah penyaringan menunjukkan, Pasiflora foetida telah tersenarai sebagai spesies rumpai yang merencatkan pertumbuhan akar dan pucuk tumbuhan bioasai secara signifikan berbanding 99 spesies rumpai lain yang diuji, iaitu membuktikan terdapatnya kesan fitotoksik yang paling serius daripada tindakan alelopati. Ekstrak metanol P. foetida seterusnya dipilih dan diuji dengan ujian percambahan biji benih untuk mengenalpasti kesan fitoktoksik ke atas beberapa spesies rumpai terpilih (iaitu Dactyloctenium aegyptium, Eleusine indica, Paspalum conjugatum dan Porophyllum ruderale) dan tanaman sayuran (iaitu Abelmoschus esculentus, Brassica chinensis, Cucumis sativus dan Solanum lycopersicum) dengan menggunakan enam kepekatan yang berbeza. Hasil menunjukkan kesan perencatan berlaku secara signifikan (100% perencatan) terhadap percambahan keempat-empat biji benih spesies rumpai yang dikaji bermula pada kepekatan 20 000 ppm sehingga 70 000 ppm berbanding kawalan dengan aplikasi ekstrak metanol P. foetida. Walau bagaimanapun, tiada kesan perencatan yang ketara diperhatikan (p>0.05) ke atas biji benih tanaman sayuran pada setiap kepekatan yang diberikan berbanding kawalan. Hasil kajian daripada pengekstrakan sampel daun P. foetida melalui LC-MS menunjukkan terdapat sebatian kimia iaitu: vitexin, orientin dan lyoniol-D dikesan telah bertanggungjawab menghalang percambahan dan pertumbuhan sepenuhnya spesies bioasai dalam kajian ini. Hasil daripada kajian yang dijalankan dapat digunakan sebagai maklumat awalan untuk kajian selanjutnya ke atas pengenalpastian dan pengasingan alelokimia dalam mengubal strategi pengawalan rumpai.,Sarjana Sains
Pages: 158
Call Number: QK911.N833 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112678+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.