Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463792
Title: Pengesanan dan pencirian leptospira spp. dalam orang utan, roden dan pengendali haiwan serta penilaian faktor risiko leptospirosis di Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUI) dan Zoo Taiping, Perak
Authors: Nadia Aqilla Shamsusah (P89016)
Supervisor: Hani Kartini Agustar, Dr.
Keywords: Leptospirosis
Orang utan
Bakteria
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-May-2019
Description: Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria daripada famili Leptospiraceae, genus Leptospira yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti jangkitan Leptospirosis yang berkitar antara orang utan, pengendali haiwan serta tikus di Pulau Orang Utan Bukit Merah (BMOUI) dan Zoo Taiping, Perak. Sampel darah diperoleh untuk mengenal pasti kehadiran antibodi terhadap Leptospira melalui ujian pengaglutinatan mikroskopik (MAT) yang menggunakan 21 serovar endemik di Malaysia sebagai antigen. Pengesanan dan pencirian Leptospira melalui PCR telah dijalankan ke atas sampel kultur serta sampel haiwan yang positif. Antibodi terhadap Leptospira adalah positif dalam sampel serum roden (4/23) (17.4%), P. pygmaeus (5/10) (50.0%) dan pengendali haiwan (8/18) (44.4%) di BMOUI manakala roden (1/21) (4.8%) dan pengendali haiwan (2/5) (40.0%) di Zoo Taiping. Antara 14 kultur positif daripada sampel persekitaran BMOUI, lapan kultur merupakan spesies saprofitik (L. yanagawae, L. meyeri dan L. idonii), empat kultur pula adalah spesies perantaraan (L. wolffii) dan dua kultur (dilabel sebagai 'Soil2' dan 'BJ3 soil') adalah spesies patogenik. Kultur 'Soil2' daripada sampel tanah BMOUI telah menjana profil alel separa lengkap menjadikan L. interrogans serovar Lai Langkawi (nombor ST: 236) sebagai padanan terdekat dengan pencilan ini. 'BJ3 soil' pula telah diberikan profil alel baharu dan gabungan profil ini menjana nombor ST baharu iaitu 262 (spesies L. kmetyi). Bagi kultur dari Zoo Taiping pula, semua kultur yang dipencil merupakan spesies saprofitik (L. yanagawae and L. meyeri). Leptospira yang dikesan dalam sampel orang utan dan tikus dari BMOUI berkait rapat dengan spesies L. wolffii manakala Leptospira dalam sampel orang utan dari Zoo Taiping pula berkait rapat dengan spesies L. kmetyi dan L. wolffii. Berdasarkan soal selidik yang dilakukan ke atas responden di lokasi, tiada perkaitan yang signifikan antara kelaziman tindak balas antibodi terhadap Leptospira dengan umur (p = 0.835), jantina (p = 0.801), etnik (p = 0.916), tahap pendidikan (p = 0.537) dan pengalaman bekerja responden (p = 0.835). Dari segi faktor risiko pula, tiada perkaitan signifikan antara kelaziman tindak balas antibodi terhadap Leptospira dengan tabiat merokok (p = 0.528), tempoh bekerja dalam sehari (p = 0.269), pendedahan kepada air bertakung/ tasik ketika bekerja (p = 0.525) dan pemakaian alat pelindung diri yang lengkap (p = 0.890). Kajian ini menyediakan data epidemiologi Leptospirosis di BMOUI dan Zoo Taiping yang sememangnya amat penting bagi menambahbaik strategi pencegahan penyakit ini sekali gus membantu dalam usaha pemuliharaan orang utan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 136
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111727+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.