Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463786
Title: Elektrod superkapasitor daripada filem amilosa dan biojisim
Authors: Noor Ezniera Shafieza Sazali (P78139)
Supervisor: Mohamad Deraman, Prof. Dr.
Keywords: Biojisim
Amilosa
Karbon turbostratik
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Jul-2019
Description: Amilosa merupakan bahan biojisim yang dapat diubah menjadi karbon turbostratik dan seterusnya dapat menghasilkan superkapasitor. Bahan ini mempunyai keistimewaan yang menarik minat para penyelidik untuk mengkaji dengan lebih mendalam. Untuk menghasilkan elektrod, kajian ini menggunakan serbuk karbon turbostratik (KTK) yang dihasilkan daripada filem amilosa yang berbeza suhu pengaktifan, masing-masing pada suhu 600 °C, 700 °C, 800 °C, 900 °C dan 1000 °C. Serbuk karbon swa merekat dengan saiz butiran ≤ 106 µm telah dihasilkan masing-masing daripada serabut tandan kelapa sawit (STKS) dan kulit buah naga (KBN) melalui proses pra-pengkarbonan. SKSM tersebut telah dirawat dengan KOH sebelum dipengkarbonankan dalam persekitaran N2 (800 °C) untuk menghasilkan serbuk karbon diikuti dengan pengaktifan CO2 (800 °C) selama 3 jam masing-masing untuk menghasilkan serbuk karbon teraktif (SKT). Pes elektrod (PE-8), PE-9, PE-10, PE-SKTs dan PE-SKTk telah disediakan dengan mencampurkan KTK-8, KTK-9, KTK-10, SKT-STKS dan SKT-KBN masing-masing dengan agen perekat (poli (vinilidin florida ko-heksafloropropolin) (PVDF-HFP)) dan karbon hitam dengan nisbah peratusan berat (80:10:10). Penambahbaikan prestasi elektrod dan sel superkapasitor telah dilakukan dengan menambahkan KTK-10 dengan SKT-STKS dan SKT-KBN dengan nisbah peratusan berat (40:40:10:10). Pencirian sifat fizikal KTK, SKT-STKS, SKT-KBN dan campuran (50 wt % KTK10 + 50 wt % SKT-STKS) dan (50 wt % KTK10 + 50 wt % SKT-KBN) telah dilakukan dengan teknik belauan sinar-X, mikroskop pancaran medan imbasan elektron (FESEM) dan penjerapan isoterma N2. Hasil analisis teknik tersebut menunjukkan bahawa SKT bersifat turbostratik, bersifat berliang dan luas permukaan yang tinggi. Analisis elektrokimia sel superkapasitor pula telah dilakukan dengan menggunakan larutan 6 M KOH sebagai elektrolit. Hasil pencirian elektrokimia sel superkapasitor menunjukkan bahawa PE-10 telah mencatatkan nilai SBET, Csp, E dan P yang terbaik iaitu masing-masing sebanyak 708.38 m2 g-1, 73.06 F g-1, 3.83 W h kg-1 dan 169.44 W kg-1 berpadanan dengan nilai SBET tertinggi bagi KTK-10 berbanding elektrod yang lain. PEK-10k menunjukkan nilai SBET, Csp, E dan P tertinggi iaitu 924.17 m2 g-1, 131.28 F g-1, 6.71 W h kg-1 dan 143.93 W kg-1 berbanding PEK-10s yang menunjukkan nilai SBET, Csp, E dan P iaitu 765.63 m2 g-1, 123.88 F g-1, 6.44 W h kg-1 dan 172.70 W kg-1. Keputusan ini selari dengan keputusan analisis nisbah timbunan (Lc/La) dan teknik mikroskop pancaran medan imbasan elektron (FESEM). Hasil-hasil kajian ini mendapati bahawa bahan-bahan KTK-10 dan SKSM-KBN yang terawat KOH mempunyai potensi untuk menghasilkan elektrod pes komposit yang dapat meningkatkan prestasi sel superkapasitor.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 124
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111722+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.