Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463781
Title: | Pencirian dan pembangunan proses penghasilan protein antibeku daripada Glaciozyma antarctica yang dihasilkan menggunakan sistem pengekspresan yis Pichia pastoris |
Authors: | Mahzan Md Tab (P78457) |
Supervisor: | Abdul Munir Abdul Murad, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Protein antibeku Yis Pichia pastoris Glaciozyma antarctica Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Jan-2018 |
Description: | Protein antibeku (AFP) daripada yis psikrofilik, Glaciozyma antarctica mempunyai keupayaan untuk merendahkan takat beku molekul air tanpa mengubah takat lebur ais serta berupaya menghalang proses pengkristalan semula hablur ais. Namun begitu penghasilan AFP natif daripada G. antarctica untuk kajian aplikasi adalah tidak mencukupi kerana pertumbuhan sel yis ini yang perlahan manakala percubaan untuk menghasilkan AFP rekombinan iaitu Afp1 dan Afp2 menggunakan Escherichia coli telah menghasilkan protein yang tidak aktif dalam bentuk jasad inklusi. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan AFP G. antarctica menggunakan sistem pengekpresan yis Pichia pastoris dan meningkatkan penghasilan AFP rekombinan, rAfp1 dan rAfp2 menggunakan kultur fermentasi berkepadatan tinggi di dalam bioreaktor serta melihat kebolehan rAfp bertindak sebagai bahan kriopelindungan untuk penyimpanan enzim dalam keadaan sejuk beku. Penghasilan protein antibeku rekombinan rAfp dimulakan dengan mengintegrasikan kaset pengekpresan pPICZαC yang membawa gen AFP kedalam hos pengekpresan Pichia pastoris. Pengekspresan dilakukan menggunakan kelalang goncang 1 L dengan isipadu medium pengekspresan sebanyak 100 mL selama 3 hari dengan kepekatan pengaruhan metanol sebanyak 0.5%. Kedua-dua protein berjaya diekspreskan dengan masing-masing bersaiz ~55 kDa untuk rAfp1 manakala rAfp2 bersaiz ~35 kDa. Analisis pemendapan western telah dilakukan untuk mengesahkan penghasilan protein rAfp yang diekspres menunjukkan kehadiran jalur hitam yang mengesahkan kehadiran protein antibeku rekombinan tersebut. Seterusnya, rAfp1 dan rAfp2 telah diekspres menggunakan bioreaktor 5 L yang mengandungi 2 L medium pengkulturan bagi menghasilkan protein rAfp pada skala tinggi. Fermentasi yang dijalankan dalam mod suap kelompok untuk menjana biojisim dengan kepadatan yang tinggi berdasarkan parameter yang dioptimumkan iaitu pH, suhu pengekspresan serta tempoh aruhan metanol. Protein rAfp yang dihasilkan seterusnya ditulen menggunakan kaedah kromatografi afiniti ion logam terpegun (IMAC) dan penurasan gel. Sejumlah 79 mg/L rAfp1 berjaya dihasilkan setelah 30 jam masa aruhan metanol dengan suhu pengekpresan 16ºC pada pH 5.0 manakala sejumlah 80.5 mg/L rAfp2 berjaya dihasilkan setelah 18 jam masa aruhan metanol pada suhu dan pH yang sama. Pengasaian aktiviti histerisis terma (TH) dan modifikasi morfologi hablur ais terhadap rAfp1 dan rAfp2 menunjukkan kedua-dua protein berupaya memodifikasi struktur hablur ais kepada bentuk heksagon, bintang dan bunga bergantung kepada kepekatan dengan nilai TH tertinggi yang direkodkan adalah 0.5ºC/min untuk rAfp1 dan 0.4ºC/min untuk rAfp2 pada kepekatan 10mg/mL. Perencatan penghabluran semula kristal ais (RI) menunjukkan rAfp yang dihasilkan berupaya merencatkan pengkristalan semula hablur ais. Kesan penggunaan rAfp sebagai bahan kriopelindung terhadap penyimpanan sejuk beku enzim selulase menunjukkan bahawa selulase yang dirawat berjaya mengekalkan aktivitinya setelah beberapa kitaran cair beku. Sebagai kesimpulan, protein antibeku rekombinan G. antarctica berjaya dihasilkan menggunakan sistem pengekpresan P. pastoris serta mempunyai keupayaan bertindak sebagai bahan kriopelindungan kepada penyimpanan sejuk beku enzim selulase.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 153 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_111716+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.