Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463768
Title: | Interaksi mutualisme di antara varieti ficus deltoidea dan penyengat ara, blastophaga spp. (Hymenoptera: Agaonidae) di ladang kelapa sawit Semenanjung Malaysia |
Authors: | Noor Nasuha Abd Aziz (P88798) |
Supervisor: | Idris Abd Ghani, Prof. Dr. |
Keywords: | Mas cotek Penyengat ara Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Aug-2018 |
Description: | Ficus deltoidea (Rosale: Moraceae) dan penyengat ara (Hymenoptera: Agaonidae) mempunyai hubungan mutualisme yang obligat. Dalam kajian ini taburan, perincian dan hubungan antara pokok mas cotek epifit (Ficus deltoidea) dari var. angustifolia, var. deltoidea dan var. trengganuensis dengan penyengat aranya dari ladang sawit berbeza telah dikaji. Kaedah pemerhatian, pengiraan isi kandungan buah dan pengukuran buah mas cotek dan penyengat ara dilakukan sepanjang persampelan dari Januari 2017 sehingga September 2017. Ukuran buah mas cotek dan penyengat ara diambil menggunakan mikroskop penganalisis imej. Kelimpahan pokok mas cotek epifit tertinggi dicatatkan di Batu Pahat (1.67 ± 0.23) diikuti ladang di Tembila (0.68 ± 0.11) manakala ladang yang merekodkan nilai min terendah adalah Changkat Lobak (0.38 ± 0.07). Perbandingan bilangan bunga, penyengat ara dan biji benih bagi setiap buah mas cotek var. angustifolia dari empat ladang berbeza menunjukkan perbezaan yang bererti (P < 0.05). Perbandingan yang sama turut dibuat terhadap ketiga-tiga varieti Ficus deltoidea. Pokok mas cotek jantan dari var. trengganuensis merekodkan bilangan bunga dan penyengat ara tertinggi manakala var. angustifolia menunjukkan bilangan yang terendah bagi bilangan bunga dan penyengat ara. Sebaliknya peratus penyengat ara tertinggi direkodkan daripada var. deltoidea (63.67% ± 6.07) manakala rekod peratus terendah adalah daripada var. trengganuensis (36.23% ± 3.37). Begitu juga dengan pokok mas cotek betina, var. trengganuensis mencatatkan rekod tertinggi bagi bilangan bunga dan biji benih. Namun bagi peratus penghasilan biji benih, var. angustifolia dari ladang Dengkil merekodkan nilai tertinggi (90.05% ± 1.71) manakala rekod terendah dicatatkan di ladang Changkat Lobak (79.25% ± 23.61). Penyengat ara betina dari mas cotek var. trengganuensis merekodkan ukuran tertinggi bagi ukuran morfologi sayap, mandibel, tibia kaki belakang dan saiz badan manakala penyengat ara dari mas cotek var. deltoidea merekodkan nilai tertinggi bagi ukuran kepala dan ovipositor. Berbeza pula dengan penyengat ara jantan, penyengat ara dari mas cotek var. trengganuensis merekodkan nilai tertinggi bagi ukuran kepala, mandibel, tibia kaki belakang dan saiz badan. Terdapat hubungan yang signifikan antara saiz mandibel penyengat ara jantan dengan tebal kulit buah mas cotek (F = 15.92, P < 0.05), lebar kepala penyengat ara betina dengan garis pedisel ostiol buah (F = 9.02, P < 0.05) dan antara saiz penyengat ara jantan dan betina dengan garis pedisel puru (jantan: F = 164.34, P < 0.05; betina: F = 47.39, P < 0.05) jika dibandingkan mengikut varieti yang berbeza. Antara faktor yang menyumbang kepada kepelbagaian kompleks ini adalah intensiti cahaya, pendebungaan silang, gabungan semula seks dan mutasi serta jenis tanah. Hasil pembiakan bergantung kepada kebolehan penyengat ara oviposit dan bertelur dalam bunga betina. Hasil dari kajian ini menerangkan hubungan antara mas cotek serta penyengat ara yang sangat spesifik. Walaupun buah mas cotek yang dikaji adalah dari spesies yang sama, namun penyengat aranya adalah berbeza mengikut varieti pokok tersebut.,Sarjana Sains |
Pages: | 96 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110294+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 936.43 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.