Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463760
Title: | Intoleransi laktosa, pengambilan kalsium dan kesannya terhadap status kesihatan tulang dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Selangor |
Authors: | Ika Aida Aprilini Makbul (P80262) |
Supervisor: | Norlida Mat Daud, Dr. |
Keywords: | Osteoporosis in children -- Prevention Bones -- Growth Nutrition Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | Feb-2019 |
Description: | Penolakan pengambilan susu dan produk tenusu disebabkan masalah intoleransi laktosa (LI) berpotensi mengganggu pengambilan kalsium, yang penting bagi perkembangan tulang kanak-kanak. Di Malaysia, data mengenai prevalens LI dalam kalangan kanak-kanak masih berkurangan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan prevalens LI, pengambilan kalsium dan hubungannya dengan status kesihatan tulang (SKT), serta peramal signifikan yang mempengaruhi SKT dalam kalangan kanak-kanak di Selangor. Kajian ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa I (perbandingan di antara subjek Melayu bandar [MB] dengan luar bandar [MLB]) dan Fasa II (perbandingan di antara subjek MB dengan Cina bandar [CB]). Seramai 600 orang subjek (MB=200, MLB=200 dan CB=200) berumur di antara 9 hingga 11 tahun telah terlibat dalam kajian ini. Pada pagi hari kajian setelah semalaman berpuasa, bacaan berpuasa pernafasan hidrogen (PH), glukosa darah dan simptom gastrousus ditentukan. Kemudian, subjek diminta untuk meminum larutan laktosa (25 g/250ml) sebelum pengukuran glukosa darah dilakukan 30 minit kemudian. Seterusnya, bacaan PH dan simptom gastrousus diambil setiap 30 minit sehingga kajian berakhir pada minit ke 150. Subjek yang mempunyai peningkatan gas hidrogen (≥ 20 ppm) dan simptom gastrousus (≥ skor 2) serta glukosa darah di bawah 1.1 mmol/l dikenalpasti sebagai LI manakala individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama tanpa kehadiran simptom gastrousus dikenali sebagai malserapan laktosa (ML). SKT subjek ditentukan pada bahagian kalkaneal menggunakan alat kuantitatif ultrabunyi manakala pengambilan kalsium dinilai menggunakan rekod ingatan diet 24 jam dan soal selidik kekerapan makanan. Secara keseluruhannya, seramai 61.5% subjek MB, 53.5% MLB dan 54.5% CB dikenalpasti mempunyai ML. Manakala 31.8% subjek dikenal pasti sebagai LI (22.5% MB, 36.0% MLB dan 37.0% CB). Sebaliknya, 16.0% subjek MB, 10.5% MLB dan 8.5% CB toleran terhadap laktosa. Pengambilan kalsium subjek adalah rendah (MB=412.4 ± 298.8 mg/hari, MLB=403.1 ± 269.8 mg/hari dan CB=398.5 ± 288.8 mg/hari) berbanding saranan pengambilan kalsium Malaysia (1000 - 1300 mg/hari). Skor SKT subjek MB (75.8 ± 11.3 dB/MHz) adalah lebih tinggi secara signifikan (p=0.030) berbanding subjek MLB (72.1 ± 13.1 dB/MHz) dan CB (67.9 ± 11.8 dB/MHz; p<0.001). Kajian ini mendapati LI dan pengambilan kalsium tidak mempunyai hubungan yang signifikan (masing-masing p>0.05) dengan SKT. Namun begitu, analisis regresi linear berganda menunjukkan bahawa kaum, indeks jisim tubuh, kawasan kediaman, umur dan jantina adalah peramal signifikan (masing-masing: p<0.001; p<0.001; p=0.004; p=0.026 dan p=0.029) yang mempengaruhi SKT subjek. Kesimpulannya, prevalens LI dalam kalangan kanak-kanak Selangor berada pada tahap sederhana dan tidak mempengaruhi kesihatan tulang. Namun, kehadiran prevalens ML yang tinggi adalah membimbangkan kerana kanak-kanak ini berkecenderungan untuk membentuk LI apabila dewasa jika pengambilan kalsium tidak ditingkatkan. Oleh itu, kesedaran terhadap kepentingan pengambilan kalsium yang mencukupi, mengekalkan status tulang yang sihat dan mencegah masalah LI perlu dilaksanakan secara intensif sejak peringkat awal usia kanak-kanak.,Sarjana Sains |
Pages: | 171 |
Call Number: | RJ482.O45I396 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110287+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.