Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463736
Title: Prevalens intoleransi laktosa serta faktor-faktor yang berkaitan dengan status kesihatan tulang dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Noor Fairuzi Suhana Yahya (P76898)
Supervisor: Norlida Mat Daud, Dr.
Keywords: Lactose intolerance -- Malaysia
Bones -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Sep-2018
Description: Pencapaian puncak jisim tulang yang optimum semasa fasa dewasa muda adalah penting untuk mengelakkan risiko kepatahan tulang berlaku di kemudian hari. Namun, masalah intoleransi laktosa dan pengambilan kalsium yang rendah telah dilaporkan mengganggu status kesihatan tulang (SKT). Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti prevalens intoleransi laktosa dan menentukan hubungan di antara intoleransi laktosa, ukuran antropometri, pengambilan kalsium, status vitamin D dan tahap aktiviti fizikal (TAF) dengan SKT dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Kajian hirisan lintang ini melibatkan 300 orang pelajar Melayu, Cina dan India (n=100 setiap kaum) (purata umur: 22.5 ± 3.2 tahun). Penentuan status toleransi laktosa dilakukan menggunakan ujian pernafasan hidrogen, ujian toleransi glukosa dan skala visual analog. Indeks jisim tubuh (IJT) diukur serta pengambilan kalsium dan vitamin D dinilai menggunakan borang ingatan diet 24 jam dan borang kekerapan pengambilan makanan. Status vitamin D diukur menggunakan serum 25-hidroksivitamin D [25(OH)D] manakala TAF dinilai melalui soal selidik International Physical Activity Questionnaire. SKT dinilai pada bahagian kalkaneal, menggunakan kaedah kuantitatif ultrabunyi (QUS). Hasil kajian menunjukkan prevalens intoleransi laktosa adalah paling tinggi dalam kalangan subjek Melayu (72%), diikuti oleh subjek Cina (59%) dan subjek India (42%). Ukuran antropometri menunjukkan purata IJT subjek lelaki (24.1±5.2 kg/m2) dan perempuan (22.0±4.6kg/m2) berada dalam kategori normal. Purata pengambilan kalsium subjek (542.9 ± 365.2 mg/hari) menggunakan kaedah KPM hanya mencapai 54% saranan Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia. Status vitamin D dan penilaian TAF menunjukkan subjek mempunyai purata serum 25(OH)D yang normal (55.4 ± 20.1 nmol/l) serta TAF berintensiti sederhana (2757.6 ± 2007.2 MET minit/minggu). Purata skor ultrabunyi jalur pengecilan (BUA) subjek ialah 97.9 ± 16.9 dB/MHz, dan purata skor-T subjek dikategorikan sebagai risiko rendah osteoporosis (skor-T: 0.72 ± 1.36). Ujian analisis regresi linear berganda menunjukkan hanya IJT dan pengambilan kalsium mempunyai perkaitan yang signifikan (p=0.040 dan p=0.033 masing-masing) dengan SKT. Sebaliknya, faktor seperti intoleransi laktosa, status vitamin D serta TAF tidak mempunyai perkaitan yang signifikan (p>0.05) dengan SKT. Kesimpulannya, prevalens intoleransi laktosa adalah tinggi dalam kalangan dewasa Malaysia. Walaubagaimanapun, SKT tidak mempunyai hubungan dengan intoleransi laktosa, tetapi dikaitkan dengan status IJT dan pengambilan kalsium.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 188
Call Number: RC632.L33N636 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106058+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
977.39 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.