Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463733
Title: Sintesis nanoprisma argentum menggunakan selulosa nanofibril sebagai templat
Authors: Yau Shun Xiang (P83418)
Supervisor: Chia Chin Hua, Prof. Madya Dr.
Keywords: Nanoparticles
Nanostructured materials
Nanoprisma
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Oct-2018
Description: Nanozarah Argentum (Ag) telah menarik perhatian para penyelidik dengan ciri-ciri optik dan fizikalnya. Bentuk nanozarah Ag yang berbeza dapat disintesis dengan bantuan surfaktan. Bentuk nanozarah Ag yang berlainan mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan dapat digunakan dalam pelbagai aplikasi, seperti spektroskopi, sensor glukosa, antimikrob dan sebagainya. Selain itu, penghasilan nanokomposit Ag berasaskan bio juga mempunyai potensi yang tinggi kerana produk nanokomposit yang bernilai tinggi dan kesan sampingan yang minima terhadap persekitaran. Oleh itu, dalam kajian ini, selulosa nanofibril (CNF) yang dihasilkan daripada teras kenaf telah digunakan sebagai templat untuk mensintesis nanozarah Ag tanpa surfaktan. Selulosa nanofibril dihasilkan melalui proses penyepaian bertindak sebagai templat untuk menjerap ion-ion Ag di permukaan dengan kumpulan-kumpulan berfungsinya. Agen pengoksidaan (H2O2) dan agen reduksi (NaBH4) telah digunakan semasa proses sintesis. Kepekatan H2O2 diubah untuk mengkaji kesannya ke atas sifat fizikal dan optik bagi nanostruktur Ag yang terhasil. Malahan, holoselulosa dan selulosa yang mempunyai dimensi yang besar juga digunakan dalam proses penghasilan nanostruktur Ag untuk mengkaji kesan kumpulan berfungsi di permukaan gentian ke atas pembentukan nanostruktur Ag. Keputusan ujian menunjukkan saiz dan fungsi-fungsi yang terdapat pada templat selulosa dapat mempengaruhi proses penghasilan nanoprisma Ag (AgNPRs). Penggunaan CNF sebagai templat dapat menghasilkan AgNPRs. Puncak pembelauan Sinar-X (XRD) pada 38º yang tinggi telah mengesahkan (111) kekisi satah AgNPRs. Selain itu, peningkatan kepekatan H2O2 yang digunakan dalam proses sintesis (0-400 µL), telah menyebabkan saiz dan panjang tepi AgNPRs yang terhasil meningkat (33-114 nm). Situasi ini disahkan dengan imej-imej Mikroskopi Transmisi Elektron (TEM) dan anjakan merah puncak spektrum Spektrofotometer Ultraviolet-visible (UV-vis). Tambahan pula, aktiviti surface-enhanced Raman Scattering (SERS) bagi nanokomposit AgNPRs dikaji dengan menggunakan biru metilena sebagai molekul model dengan kepekatan 5x10-5 M. Kajian ini menunjukkan bahawa AgNPRs mempunyai peningkatan isyarat penyerakan Raman berbanding dengan nanozarah Ag yang berbentuk sfera yang terhasil daripada CNF. Hal ini adalah kerana, tip-tip daripada bentuk segitiga merupakan kawasan titik panas (hot-spot) yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan medan elektrik untuk meningkatkan isyarat penyerakan Raman. Peningkatan isyarat penyerakan Raman selari dengan peningkatan saiz AgNPRs. Kajian ini boleh menjadi penting untuk menghasilkan AgNPRs menggunakan bahan bio (CNF) tanpa surfaktan. Selain itu, penggabungan CNF dengan AgNPRs boleh melanjutkan perlaksanaan bahan berasaskan biojisim dalam aplikasi kehidupan sebenar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 49
Call Number: TA418.9.N35Y338 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106048+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
630.96 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.