Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463702
Title: | Pencirian komposit bio-fenolik/getah asli terepoksida berpenguat gentian kaca |
Authors: | Zuhaili Zakaria (P85014) |
Supervisor: | Sarani Zakaria, Prof. Dr. |
Keywords: | Nanocomposites (Materials) |
Issue Date: | 20-Feb-2018 |
Description: | Bahan lignoselulosa daripada industri pokok kelapa sawit seperti serabut tandan kosong kelapa sawit (EFB) mempunyai potensi yang besar sebagai sumber alternatif bagi mengurangkan kebergantungan terhadap fenol berasaskan petrokimia. Serabut EFB dapat dicair melalui proses pencecairan untuk menghasilkan terbitan fenol yang kemudiannya digunakan dalam penghasilan resin fenolik. Dalam kajian ini, serabut EFB telah dicairkan di dalam larutan fenol pada suhu 150 oC selama 90 minit menggunakan 3 bt% asid sulfurik sebagai mangkin. Berat nisbah fenol kepada EFB (P/EFB), 3.0 digunakan bagi memperoleh serabut EFB tercecair (LEFB) yang optimum. Kemudian, hasil pencecairan (LEFB) digunakan untuk tidak balas resinifikasi bersama formaldehid dalam keadaan berakali bagi menghasilkan resin biofenolik (BPR). Resin BPR dihasilkan menggunakan tiga nisbah molar formaldehid kepada LEFB (F/LEFB) yang berbeza iaitu 1.0, 1.5 dan 2.0. Imej SEM menunjukkan penembusan fenol ke dalam kulit serabut EFB yang menyebabkan pemisahan berkas serabut EFB kepada serabut individu dan melarutkannya. Analisis sifat resin BPR menunjukkan hasil peningkatan nisbah molar F/LEFB menyebabkan nilai pH, kelikatan dan kandungan pepejal resin meningkat. Spektra FTIR resin mengesahkan kewujudan kumpulan berfungsi dalam resin BPR dan resin komersil adalah sama. Komposit BPR/getah asli terepoksida berpenguat gentian kaca (BPEC) yang dihasilkan mempunyai sifat hentaman yang baik berbanding komposit BPR berpenguat gentian kaca (BPC). Kehadiran getah asli terepoksida (ENR-50) di dalam komposit BPEC menunjukkan peningkatan terhadap kekuatan hentaman berbanding komposit BPC. Namun, kekuatan lenturan komposit BPEC menurun disebabkan getah yang memberi sifat elastomerik terhadap komposit dan menyebabkan mudah melentur. ENR juga bertindak sebagai pengserasi diantara gentian kaca dan resin BPR dalam komposit. Serapan air pula bagi sampel komposit BPC adalah lebih tinggi bebanding komposit BPEC. Air yang diserap oleh komposit BPEC adalah lebih rendah kerana sifat hidrofobik yang ada pada getah asli bertindak sebagai penghalang dan melindungi komposit daripada ditembusi air.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains |
Pages: | 150 |
Call Number: | TA418.9.N35M839 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_103230+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.