Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463680
Title: Kepelbagaian dan kelakuan lebah kelulut (heterotrigona itama) (hymenoptera: apidae : meliponini)
Authors: Mohd Fahimee Jaapar (P80761)
Supervisor: Idris Abd Ghani, Prof. Dr.
Keywords: Madu
Stingless bees
Issue Date: 11-Apr-2018
Description: Lebah kelulut merupakan serangga dari keluarga lebah tetapi tidak mempunyai sengat dan merupakan antara agen pendebunga yang prolifik. Heterotrigona itama merupakan spesies lebah kelulut yang didomestikasikan untuk industri madu di Malaysia. Namun begitu, kerancakkan industri ini telah memberi kesan negatif kepada spesies lebah dan hasil madu apabila koloni di hutan turut dikeluarkan untuk industri. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan bagi mengetahui kepelbagaian lebah dan mengetahui lebih lanjut berkenaan kelakuan kasta pekerja dan ratu lebah kelulut H. itama. Justeru itu, persampelan di 12 negeri di Semenanjung Malaysia telah dijalankan menggunakan tiga umpan berbeza iaitu madu bersama limau, madu bersama garam dan ikan masin bersama minyak untuk merekod kepelbagaian kelulut masa kini. Kamera digital satu lensa (DSLR) telah diguna utk merekod kelakuan pekerja membina sarang dan kantung madu, kelakuan mempertahan koloni, dan kelakuan ratu bertelur. Sejumlah 1599 individu lebah kelulut telah berjaya disampel terdiri daripada 35 spesies lebah kelulut dan spesis H. itama, Geniotrigona thoracica, Lepidotrigona terminata, Tetragonula fuscobalteata, T. laeviceps dan Tetragonilla atripes dan merupakan spesies yang mendominasi semenanjung Malaysia. Hasil ANOVA tiga hala menunjukan kelakuan keluar dan masuk mencari makanan oleh pekerja lebah kelulut berbeza secara signifikan (P< 0.05) antara koloni pada bulan Mei sahaja dalam setahun kajian. Manakala, kelakuan mencari makan adalah berbeza secara signifikan (P< 0.05) pada jam 10 pagi setelah ativiti mencari makanan diperhatikan antara 8 pagi ke 5 petang. Sementara itu, jumlah telur yang dihasilkan dan masa yang di ambil untuk bertelur oleh ratu berbeza secara signifikan bagi ketiga-tiga koloni (P< 0.05). Walaubagaimanapun, kelakuan pekerja untuk menyiapkan satu bola madu tidak berbeza secara signifikan (P> 0.05) antara koloni. Dari kajian ini, penentuan umur ratu dapat ditentukan dengan melihat kepada jumlah telur yang dihasilkan sehari selain daripada keadaan sayap dan lapisan telur. Penemuan ini penting untuk membimbing penyelidik mengembangkan pengetahuan di dalam proses penternakan ratu lebah di samping menggalakkan petani kecil untuk memulakan penternakan sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Call Number: QL568.A6M564 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100546+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
222.91 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.