Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463665
Title: Analisis pemprofilan metabolit dan corak pengekspresan gen chalcone synthase (fdCHS) dan chalcone isomerase (fdCHI) terhadap penghasilan naringenin dan vitexin di dalam Ficus deltoidea var. kunstleri dan var. angustifolia
Authors: Najihah Mohd Najid (P58608)
Supervisor: Zamri Zainal, Prof. Dr.
Keywords: Bioaktif
Metabolit
Gen
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 26-Aug-2017
Description: Ficus deltoidea (Moraceae) merupakan tumbuhan herba yang mempunyai nilai dari segi perubatan. Kajian terdahulu telah membuktikan bahawa F. deltoidea mengandungi sebatian bioaktif yang tinggi. Banyak kajian yang signifikan telah dilakukan ke atas F. deltoidea secara in vitro, in vivo dan fitokimia. Namun demikian, tiada kajian berkenaan pemprofilan metabolit dan pengekspresan gen di dalam F. deltoidea direkodkan. Oleh yang demikian, kajian ini telah dilakukan untuk memprofil kandungan metabolit dan mengetahui hubungan pengekspresan gen chalcone synthase (fdCHS) dan chalcone isomerase (fdCHI) terhadap penghasilan naringenin dan vitexin di dalam daun dan buah F. deltoidea var. kunstleri dan var. angustifolia. Pelantar kromatografi gas spektrometri jisim (GCMS), kromatografi cecair spektrometri jisim (LCMS) dan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) telah digunakan dalam kajian ini. Variasi komposisi metabolit antara varieti telah ditentukan menggunakan Analisis Diskriminan - Separa Kuasa Dua Terkecil (PLS-DA). Analisis GCMS bagi pengekstrakan metanol dan klorofom serta analisis LCMS menunjukkan bahawa var. angustifolia mengandungi lebih banyak sebatian metabolit berbanding var. kunstleri. Fenilalanin merupakan antara sebatian dominan terdapat di dalam daun var. angustifolia, manakala sebatian quinidin dikesan secara dominan di dalam var. kunstleri bagi analisis LCMS. Hasil daripada tindakbalas berantai polimerase - transkripsi berbalik (RT-PCR) menunjukkan bahawa tahap pengekspresan gen fdCHS dan fdCHI di dalam buah var. angustifolia adalah tinggi berbanding var. kunstleri. Kandungan sebatian naringenin di dalam buah var. angustifolia (iaitu 46.79 ± 1.7 mg/L) juga tinggi daripada var. kunstleri (iaitu 17.98 ± 8.0 mg/L). Walaupun sebatian naringenin (yang merupakan pelopor kepada biosintesis vitexin) dihasilkan tinggi di dalam buah var. angustifolia, namun kandungan vitexin lebih rendah di dalamnya (36.57 ± 24.8 mg/L) daripada buah var. kunstleri (iaitu 48.10 ± 0 mg/L). Di samping itu, fdCHS tidak diekspreskan di dalam daun var. kunstleri dan fdCHI tidak diekspreskan di dalam daun var. angustifolia. Walaupun demikian, sebatian naringenin dan vitexin tetap dihasilkan dengan tinggi di dalam daun var. kunstleri (iaitu 19.35 ± 0.10 mg/L dan 122.52 ± 8.7 mg/L) daripada var. angustifolia (iaitu 18.57 ± 0 mg/L dan 67.68 ± 5.8 mg/L). Kajian ini telah membuktikan bahawa terdapat variasi komposisi metabolit yang signifikan berlaku antara var. kunstleri dan var. angustifolia. Selain itu, hubungan secara terus bagi tahap pengekspresan fdCHS dan fdCHI berlaku terhadap penghasilan naringenin di dalam buah bagi kedua-dua varieti. Faktor dalaman (seperti transkripsi faktor dan kandungan substrat) turut mempengaruhi tahap pengekspresan fdCHS dan fdCHI serta penghasilan naringenin dan vitexin di dalam buah dan daun F. deltoidea var. kunstleri dan var. angustifolia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 158
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98891+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
374.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.