Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463661
Title: | Kekuatan ikatan relatif dan jenis ikatan sebagai penentu pemangkin alternatif bagi platinum dalam sel fuel |
Authors: | Muhammad Amirullah Miswan (P84030) |
Supervisor: | Geri Kibe Gopir, Dr. |
Keywords: | Pemangkin Fuel cells |
Issue Date: | 31-Jul-2017 |
Description: | Buat masa kini pemangkin platinum digunakan di dalam sel fuel adalah sangat mahal. Oleh itu, terdapat pelbagai usaha dijalankan bagi mencari pemangkin alternatif samada secara ujikaji mahupun komputasi. Kaedah ujikaji dapat memberikan hasil kajian yang lebih praktikal berbanding komputasi. Namun, kajian secara ujikaji terhad kepada beberapa bahan pemangkin sahaja dalam satu-satu masa. Oleh itu, kajian komputasi dapat mempercepatkan proses pencarian dengan menjadi tapisan awal terhadap calon-calon pemangkin alternatif. Kajian ini akan mengkaji dan menentusahkan dua parameter komputasi yang dicadangkan (kekuatan ikatan relatif dan jenis ikatan) bagi penentuan pemangkin alternatif. Seterusnya, kajian ini akan mengkaji tujuh calon pemangkin alternatif yang pernah digunakan sebagai bahan mangkin atau bahan sokongan pemangkin (litium, karbon, natrium, silikon, sulfur, titanium dan nikel) berdasarkan dua parameter tersebut. Pengiraan komputasi yang dijalankan adalah pengoptimuman geometri dan pengiraan aras tenaga rendah yang menggunakan rangka kerja teori fungsian ketumpatan. Perisian yang digunakan adalah perisian OCTOPUS (pengoptimuman geometri dan pengiraan aras tenaga rendah), perisian Avogadro (membina molekul) dan perisian Vesta (memaparkan dapatan kajian). Seterusnya, bagi membuktikan keberkesanan parameter kekuatan ikatan relatif, pengiraan komputasi dilakukan terhadap molekul dwiatom platinum-hidrogen, pemangkin dwiatom dan triatom, pemangkin unsur-unsur kumpulan platinum (osmium, ruthenium, rhodium, palladium dan iridium), molekul Fe dan FeN4 serta molekul HeH. Kajian diteruskan dengan menentukan jenis ikatan diantara platinum dengan hidrogen. Molekul H2 dan molekul NaCl dipilih sebagai pembuktian keberkesanan kaedah penentuan jenis ikatan yang akan dijalankan (jenis unsur, nilai elektronegatif dan taburan ketumpatan elektron). Akhir sekali, pengiraan kekuatan ikatan relatif dan penentuan jenis ikatan akan dilakukan terhadap calon-calon pemangkin alternatif (litium, karbon, natrium, silikon, sulfur, titanium dan nikel). Hasil daripada pengiraan tersebut, pemangkin yang paling hampir dengan nilai khas parameter-parameter tersebut akan dipilih sebagai pemangkin alternatif untuk kajian selanjutnya samada secara komputasi mahupun ujikaji. Hasil daripada pengiraan komputasi kekuatan ikatan relatif, didapati bahawa kesemua molekul-molekul yang diuji menunjukkan bahawa nilai minimum bagi kekuatan ikatan relatif adalah 1.39. Seterusnya, hasil pengiraan penentuan jenis ikatan mendapati bahawa jenis ikatan yang terbentuk di antara pemangkin platinum dengan atom hidrogen adalah ikatan campuran iaitu ikatan ionik dan ikatan kovalen. Daripada hasil pengiraan komputasi terhadap tujuh bahan mangkin cadangan (litium, karbon, natrium, silikon, sulfur, titanium dan nikel), tiada calon yang berjaya memenuhi kedua-dua nilai parameter yang diberikan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa calon (litium, natrium, titanium dan nikel) yang boleh diberi penekanan kerana calon-calon tersebut memenuhi atau menghampiri sekurang-kurangnya satu daripada dua parameter yang diberikan. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan dua parameter komputasi (kekuatan ikatan relatif dan jenis ikatan) dapat menentukan sifat mangkin. Calon pemangkin alternatif yang baik perlu mempunyai nilai kekuatan ikatan relatif melebihi 1.39 serta membentuk ikatan campuran dengan atom hidrogen. Daripada tujuh bahan cadangan yang dikaji, hanya empat calon (litium, natrium, titanium dan nikel) yang menghampiri sifat pemangkin alternatif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 74 |
Call Number: | TK2931.M843 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98887+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 808.31 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.