Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463659
Title: Penilaian proses enapan abu terbang menggunakan kaedah semburan plasma
Authors: Mohd Moesli Muhammad (P63303)
Supervisor: Azman Jalar, Prof. Dr.
Keywords: Abu terbang
Enapan
Fly ash
Issue Date: 5-Sep-2017
Description: Abu terbang merupakan bahan sampingan pembakaran arang batu yang boleh digunakan sebagai bahan alternatif salutan seramik untuk melindungi permukaan logam daripada masalah kakisan dan haus. Dalam kajian ini, penilaian enapan abu terbang menggunakan kaedah semburan plasma atmosfera dijalankan. Tujuan kajian ini adalah tertumpu kepada kesan parameter proses ke atas enapan. Serbuk abu terbang yang diperolehi dari Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJAS), Seri Manjung, Perak telah diayak dan saiz partikel berjulat 63 hingga 100 m diambil untuk kajian. Proses enapan dilakukan ke atas keluli lembut kegunaan marin bergred ASTM A36 dengan menggunakan empat parameter berubah (tekanan gas utama, tekanan gas pembawa, kadar suapan dan kuasa plasma) dan lima parameter tetap (tekanan gas sekunder, kelajuan enapan, jarak semburan, satu pusingan lapisan dan pra-haba). Kesan parameter berubah ke atas enapan dinilai melalui hasil empat tindakbalas iaitu ketebalan, kekasaran permukaan, mikro kekerasan dan keliangan. Selain itu morfologi, mikrostruktur dan komposisi kimia serbuk abu terbang dan enapan yang terhasil dikaji. Analisis morfologi menunjukkan serbuk abu terbang mempunyai dua jenis bentuk iaitu sfera dan tidak sekata. Bentuk sfera mempunyai permukaan yang lebih lebih rata dan licin serta struktur dalaman yang lebih pejal. Sebaliknya bentuk tidak sekata mempunyai permukaan lebih kasar serta struktur dalaman yang berliang. Komposisi kimia serbuk abu terbang terdiri daripada empat unsur utama iaitu besi (Fe), silikon (Si), kalsium (Ca) dan aluminium (Al) dalam julat antara 10 hingga 30 % bt. Manakala kalium (K), titanium (Ti) dan magnesium (Mg) mempunyai berat 1 hingga 4 % bt dan unsur lain kurang 1 % bt. Hasil analisis menggunakan ANOVA dengan nilai p = 0.05, menunjukkan ketebalan dan kekasaran permukaan enapan dipengaruhi oleh faktor parameter semburan plasma tekanan gas utama. Mikro kekerasan enapan dipengaruhi oleh tekanan gas utama, kadar suapan dan interaksi antara kadar suapan dan tekanan gas utama. Manakala keliangan dipengaruhi oleh tekanan gas utama, tekanan gas pembawa dan interaksi antara tekanan gas pembawa dan tekanan gas utama. Mikrostruktur enapan menunjukkan fasa zon terlebur masih menguasai sebahagian besar mikrostruktur walaupun terdapat fasa separa lebur bagi enapan nipis. Bagi enapan tebal, mikrostruktur enapan mempunyai ketiga-tiga fasa iaitu tidak lebur, separa lebur dan lebur. Tekanan gas utama tinggi membantu di dalam meleburkan serbuk abu terbang dan pada masa yang sama menjadikan sebahagian partikel tersasar dan sebahagian splat menjadi leper semasa menghentam substratum pada kelajuan tinggi. Sebaliknya tekanan gas utama rendah menebalkan enapan kerana sebahagian partikel yang disuntik tidak tersasar apabila menghentam substratum. Kadar suapan dan tekanan gas pembawa membantu di dalam menentukan kuantiti serbuk abu terbang yang disuntik ke dalam nyalaan plasma. Kadar suapan dan tekanan gas pembawa yang tinggi menyebabkan jumlah partikel yang disuntik adalah banyak yang mana menyukarkan untuk keseluruhan partikel disuntik tersebut terdedah kepada zon nyalaan plasma. Komposisi kimia pukal enapan menunjukkan tiada perubahan ketara yang berlaku antara sebelum dan selepas proses enapan. Analisis komposisi kimia titik tenaga terserak sinar-X (EDX) terhadap kontras warna pada mikrostruktur enapan yang rata dan berwarna agak gelap v menunjukkan kehadiran kandungan unsur Al, Si dan Ca yang tinggi. Berbeza dengan mikrostruktur bagi kawasan yang kurang rata dan warna lebih cerah, Ca dan Mg hadir dalam jumlah yang tinggi. Berdasarkan kepada keputusan ketebalan, mikrokekerasan, kekasaran permukaan, keliangan dan mikrostruktur parameter optimum proses yang diperolehi adalah tekanan gas utama 60 psi (0.42 N/mm2), gas pembawa 30 psi (0.21 N/mm2), kuasa plasma 20kW dan kadar suapan 3 ppm.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 112
Call Number: TA455.F55M849 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98885+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
357.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.