Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463649
Title: | Kepelbagaian dan taburan anai-anai (blattodea: termitoidea) di ekosistem sawit Riau, (Indonesia) dan Johor-Pahang, (Semenanjung Malaysia) berdasarkan jenis tanah dan mikrohabitat berbeza |
Authors: | Andi Saputra (P74832) |
Supervisor: | Izfa Riza Hazmi, Dr. |
Keywords: | Anai-anai Ekosistem sawit Mikrohabitat Protokol transek piawai Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-Mar-2017 |
Description: | Protokol transek piawai untuk kajian anai-anai telah diperkenalkan oleh Jones dan Eggleton pada tahun 2000 dan menjadi protokol yang diterima pakai untuk menilai kepelbagaian spesies anai-anai. Namun begitu, kaedah ini kurang sesuai digunakan di ekosistem sawit disebabkan terdapat perbezaan vegetasi, susun atur ladang dan mikrohabitat anai-anai itu sendiri. Kajian penilaian kepelbagaian anai-anai menggunakan protokol transek terubah suai di ekosistem sawit dari Endau-Johor (Malaysia) dan Riau (Indonesia) telah dijalankan dari 2 Mei 2014 hingga 21 November 2015. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti teknik bagi protokol transek persampelan yang optimum untuk penilaian pantas terhadap kepelbagaian anai-anai yang bersesuaian pada ladang sawit. Menilai komposisi, kepelbagaian dan taburan spesies anai-anai di Riau, (Indonesia) dan Johor-Pahang, (Semenanjung Malaysia). Menilai komposisi, dan taburan spesies anai-anai berdasarkan kumpulan berfungsi, jenis tanah, dan mikrohabitat yang berbeza. Kajian ini telah dijalankan di ladang sawit Batang Cenaku, Sako Pangean, Sungai Pagar, First Resources Group, Central Plantation Services, Redang Seko, di Riau (Indonesia) dan ladang sawit Bukit Pasir, Felda Kahang Timur, Felda Nitar Timur, Endau Rompin, Sungai Kemelai, di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan protokol transek terubah suai dengan memperluaskan kelebaran transek dari 100 m x 2 m kepada 100 x 4 m, dan perubahan pada lebar kuadrat dari (2 m x 5 m) ke (1 m x 4 m). Sebanyak 58 spesies anai-anai dari dua famili dan lima subfamili telah berjaya disampel dan dikenalpasti. Indeks Kepelbagaian Shannon mencatatkan bilangan tertinggi pada kawasan MyLSK (Malaysia, Ladang Sungai Kemelai; 3.086) manakala nilai kepelbagain terendah pada kawasan IdBCB (Indonesia, Batang Cenaku Belilas; 1.098). Namun begitu, tiada perbezaan signifikan (p > 0.05) yang telah dikenalpasti di antaranya. Taburan anai-anai menunjukkan taburan yang tinggi selari dengan arah baris penanaman kelapa sawit berbanding dengan arah merentas jalur penanaman kelapa sawit. Hal ini disebabkan oleh, persampelan rentas baris penanaman merentasi laluan manusia tetapi kedua-dua arah persampelan menunjukkan perbezaannya yang tidak signifikan (p > 0.05). Orientasi arah mata angin mencatatkan taburan anai-anai cenderung tinggi pada arah utara ladang berbanding arah lain, Namun begitu, tiada perbezaan signifikan (p > 0.05). Berdasarkan masa yang digunakan untuk persampelan, protokol transek terubahsuai mencatatkan masa selama tiga hingga lima jam (satu hingga dua jam persampelan, dua hingga tiga jam pengasingan anai-anai daripada tanah dan lain habitat) berbanding protokol transek piawai yang mengambil masa dua hari. Berdasarkan taburan mikrohabitat, anai-anai lebih banyak dijumpai pada timbunan pelepah (153 populasi) berbanding habitat lain seperti pokok sawit, pokok sawit mati, pelepah, puing kayu, banir, tunggul akar, kayu, tanah dan busut (> 74 populasi). Berdasarkan jenis tanah pula, jenis tanah gambut merekodkan jumlah populasi anai-anai tertinggi (217 populasi) berbanding jenis tanah liat (168 populasi) dan tanah pasir (169 populasi). Berdasarkan kajian ini, dapat dibuktikan bahawa penggunaan protokol transek terubah suai lebih efektif dan pantas dalam menjalankan kajian kepelbagaian dan taburan ruang anai-anai.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 108 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85416+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 331.5 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.