Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463648
Title: Penilaian dos dalam Hp(10) untuk dosimeter pendarkilau rangsangan optik (OSLD) dan bandingannya dengan TLD-100H
Authors: Wan Nur Syafawati Wan Ikmal (P76841)
Supervisor: Supian Samat, Prof. Dr.
Keywords: Dosimeter pendarkilau ransangan optik
Dosimeter pendarkilau haba
Penilaian dos
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Jan-2017
Description: Dosimeter pendarkilau ransangan optik (OSLD) telah mula digunakan di Malaysia sejak 2015. Kajian ini bertujuan untuk menentukan ketepatan dos bacaan kepada dos sebenar melalui tiga kaedah iaitu graf trumpet oleh ICRP, respons tenaga dan kelinearan. Kepudaran dos OSLD ini juga dinilai. Kesemua penilaian ini tertumpu kepada dos organ, Hp(10). Keputusan kesemua kriteria ini dibandingkan dengan dosimeter yang telah diguna pakai sebelum ini iaitu dosimeter pendarkilau haba (TLD-100H). Kajian ini dilakukan di SSDL, Agensi Nuklear Malaysia dengan menggunakan dua jenis dosimeter iaitu OSLD (model InLight keluaran Landauer) dan TLD-100H (keluaran Harshaw). Tiga mesin penyinaran iaitu mesin sinar X, Cs-137 dan Co-60 masing-masing mengeluarkan foton bertenaga 24 hingga 218 keV, 662 keV dan 1250 keV digunakan. Penyinaran dilakukan pada jarak dua meter dari sumber ke fantom air (30cm x 30cm x 15cm). Kedua-dua dosimeter OSLD dan TLD-100H dilekatkan pada dinding fantom air. Bagi OSLD, proses pembacaan dan sepuh lindap masing-masing menggunakan mesin pembaca jenis microStar dan mesin sepuh lindap InLight jenis 50A. Manakala bagi TLD-100H, mesin TLD Harshaw model 6600 digunakan bagi kedua-dua proses tersebut. Kajian ketepatan dos bacaan oleh graf trumpet ICRP dan respons tenaga (relatif kepada tenaga 662 keV) menggunakan dos dedahan 2 mSv. Untuk dos 2 mSv ini, kedua-dua kajian masing-masing membenarkan julat nisbah 0.60-1.57 dan 0.57-1.48. Untuk kajian kelinearan, julat dos 1-200 mSv digunakan dan peratus perbezaan di antara dos bacaan kepada dos sebenar yang diambil dalam kajian ini adalah sebanyak ±10%. Untuk kepudaran dos pula, dos 2 mSv juga digunakan dan lima tempoh penyimpanan dalam julat 2 hingga 90 hari digunakan. Kriteria kepudaran tidak melebihi 10% diguna pakai dalam kajian ini. Keputusan yang memuaskan diperolehi dalam kajian ketepatan dos bacaan berbanding dengan dos sebenar. Graf trumpet, respons tenaga dan kelinearan masing- masing memberikan nilai 1.02-1.39, 0.96 -1.31 dan -8.73%. Kesemua nilai ini berada di dalam julat yang dibenarkan. Bagi kepudaran dos pula, peratus kepudaran yang diperolehi berada di dalam julat yang ditetapkan iaitu ±7%. Kesemua keputusan OSLD ini setanding dengan keputusan yang diperolehi untuk TLD-100H. Sebagai kesimpulan, OSLD didapati sesuai digunakan seiring dengan TLD-100H.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 74
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85415+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
299.6 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.