Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463631
Title: Kerintangan rumpai senduduk bulu (clidemia hirta (L.) D.Don) terhadap metsulfuron-methyl dan strategi pengurusan di ladang kelapa sawit
Authors: Ahmad Ramadzan Mohd Nasir (P54304)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Clidemia hirta
Issue Date: 12-Apr-2013
Description: Kajian penentuan sifat kerintangan (R) Clidemia hirta (L.) D. Don terhadap metsulfuron-methyl dan pendekatan dalam kawalan biotip rintang telah dijalankan di makmal, rumah hijau dan plot kajian di Ladang Felda Agricultural Sdn. Bhd., Jerantut, Pahang. Herbisid metsulfuron-methyl pada kadar normal dan beberapa kadar yang lebih tinggi digunakan bagi menentukan tahap kerintangan biotip R berbanding biotip rentan (S). Keputusan menunjukkan kesan kematian 100% pada biotip S, manakala tiada kesan pada biotip R pada 8 minggu selepas semburan (MSS) pada kadar yang disyorkan. Pada kadar x1, x2, x4 dan x8, biotip R juga menunjukkan kesan kematian yang rendah, di mana masing-masing 5% dan 9% kesan klorosis (pada kepekatan x4 dan x8) pada 8 MSS. Kajian rendaman cakera daun menunjukkan 80% daripada keseluruhan luas cakera daun biotip S berubah warna secara lengkap pada kepekatan normal (x1), manakala majoriti cakera daun (64%) biotip R hanya ditunjukkan pada kepekatan x16. Nilai ED50 tahap kerintangan yang ditunjukkan adalah 16 kali pada biotip R berbanding biotip S. Kajian semburan anak benih menunjukkan kesan klorosis yang lemah pada biotip R (kurang 25 %), manakala 100% pada biotip S dengan kepekatan x1. Kajian perbezaan sifat fisiologi dijalankan dengan menyemai anak benih biotip R dan S di dua kawasan kepekatan cahaya berbeza. Keputusan menunjukkan kedua-dua biotip yang diletakkan pada rawatan keamatan cahaya rendah memberi nilai Jumlah Keluasan Daun (TLA), Nisbah Keluasan Daun (LAR), Nisbah Jisim Daun (LMR), ketinggian, Nisbah Jisim Batang (SMR) dan Kadar Pertumbuhan Relatif untuk Stem (RGRst) lebih tinggi berbanding rawatan keamatan cahaya tinggi. Tetapi, anak benih dalam keamatan cahaya tinggi memberikan nilai diameter perdu dan nisbah jisim akar (RMR) lebih besar berbanding dalam keamatan cahaya rendah (P<0.0001). Biotip S memberikan nilai TLA, bilangan daun, ketinggian dan SMR lebih tinggi berbanding biotip R, tetapi biotip R memberikan nilai RMR lebih besar berbanding biotip S. Kajian semburan pelbagai herbisid menunjukkan imazapyr dan trifloxysulfuron tidak memberi kesan klorosis secara total kepada biotip R, manakala triclopyr dan fluroxypyr memberi kesan kematian sempurna (100%) pada 8 MSS. Keputusan rendaman cakera daun menunjukkan 80 % dan 76 % daripada jumlah keluasan cakera daun mengekalkan warna hijau dalam larutan imazapyr dan trifloxysulfuron, tetapi 100 % perubahan warna berlaku dalam larutan triclopyr dan fluroxypyr. Kajian semburan terhadap anak benih juga dibuat di rumah hijau di mana semua herbisid yang digunakan memberi kesan klorosis 100 % pada 8 MSS. Kesimpulannya, kajian ini mengesahkan kes pertama kewujudan biotip R C. hirta di ladang kelapa sawit, dan perlu dicatatkan bahawa herbisid triclopyr dan fluroxypyr berkesan dalam memberi kawalan yang baik terhadap rumpai ini bagi tujuan pengurusan rumpai yang efektif.,Master / Sarjana
Pages: 124
Call Number: QK495.M514A375 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85085+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.