Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463601
Title: | Kesan ketoksikan akut dan subakut ekstrak akuas kaliks rosel (Hibiscus sabdariffa L.) terhadap tikus Sprague-Dawley |
Authors: | Nurul Rahainah Che Mustapha (P51800) |
Supervisor: | Mahanem Mat Noor, Prof. Madya Dr. |
Issue Date: | 14-Oct-2015 |
Description: | Pokok rosel (Hibiscus sabdariffa) disenaraikan sebagai tanaman industri yang berdaya maju dan berpotensi tinggi di pasaran. Oleh itu, kajian di UKM telah berjaya menambah bilangan germplasma rosel di Malaysia. Namun, kajian ketoksikan terhadap varieti baru tersebut masih belum pernah dijalankan. Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai kesan ketoksikan tiga ekstrak akuas rosel varieti Arab, varieti UKMR-1 dan UKMR-2 terhadap tikus melalui kajian ketoksikan akut dan subakut berdasarkan perubahan berat tubuh, hati, ginjal, ujian kefungsian hati dan ginjal. Tikus bagi kajian ketoksikan akut diberikan perlakuan pada dos tunggal sebanyak 10 000 mg/kg berat tubuh. Manakala tikus bagi kajian ketoksikan subakut diberikan perlakuan pada dos sebanyak 1000 mg/kg berat tubuh/hari, 5000 mg/kg berat tubuh/hari dan 10 000 mg/kg berat tubuh/hari selama 28 hari. LD50 ekstrak Arab, UKMR-1 dan UKMR-2 adalah pada LD50 > 10 000 mg/kg iaitu GHS kategori 5 atau tidak dikelaskan. Hasil pemberian akut ekstrak rosel pada minggu pertama menunjukkan tikus bertambah berat tubuh. Hasil penelitian mendapati tikus yang diberikan ekstrak UKMR-2 mengalami pertambahan berat tubuh yang paling rendah secara signifikan berbanding kumpulan Kawalan (p<0.05). Seterusnya berat tubuh tikus menurun pada minggu kedua. Penurunan berat tikus yang diberikan ekstrak Arab adalah paling sedikit secara signifikan berbanding kumpulan UKMR-1 (p<0.05). Total perubahan berat tubuh tikus pada akhir kajian ketoksikan akut menunjukkan tikus yang diberikan ekstrak rosel UKMR-1 tidak mengalami perubahan berat tubuh, manakala UKMR-2 mengalami penurunan berat tubuh (p>0.05). Berat ginjal tikus yang diberikan ekstrak UKMR-2 bagi kajian ketoksikan akut mengakibatkan ginjal menjadi berat secara signifikan berbanding Kawalan (p<0.05). Ekstrak UKMR-2 pada dos 1000 mg/kg/hari bagi kajian ketoksikan subakut juga mengakibatkan ginjal menjadi berat secara signifikan berbanding kumpulan UKMR-2 pada dos 5000 mg/kg/hari dan Kawalan pada dos 1000 mg/kg/hari (p<0.05). Sebaliknya, ekstrak UKMR-1 pada dos 5000 mg/kg/hari bagi kajian ketoksikan subakut mengakibatkan ginjal menjadi ringan secara signifikan berbanding kumpulan UKMR-1 pada dos 1000 mg/kg/hari dan Kawalan pada dos 5000 mg/kg/hari. Paras kreatinina serum bagi tikus kajian ketoksikan akut yang diberikan ekstrak UKMR-2 didapati lebih rendah secara signifikan berbanding kumpulan UKMR-1 (p<0.05). Kesimpulannya rosel varieti UKMR-1 dan UKMR-2 mampu mengawal berat tubuh tikus walaupun tidak secara signifikan dalam kajian ketoksikan akut. Begitu juga kefungsian hati tikus, secara keseluruhannya rosel varieti Arab, UKMR-1 dan UKMR-2 dalam kajian ketoksikan akut dan subakut tidak mengakibatkan hati tikus mengalami berat yang abnormal dan kefungsian hati masih dalam keadaan normal. Tetapi, ginjal tikus menunjukkan berat yang abnormal walaupun kefungsian ginjal tidak terjejas. Secara keseluruhannya, ekstrak rosel varieti Arab, UKMR-1 dan UKMR-2 tidak menjejaskan kefungsian hati dan ginjal tikus tetapi pengambilan ekstrak perlu dipantau kerana berat ginjal boleh menjadi abnormal dengan pengambilan ekstrak UKMR-1 dan UKMR-2.,Master / Sarjana |
Pages: | 127 |
Call Number: | QK495.M27N846 2015 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84818+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.