Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463583
Title: Kajian petrografi dan geokimia Pluton Palong, Jempol, Negeri Sembilan dan Pahang
Authors: Khairil Izam Selamat Din (P62707)
Supervisor: Mohd Rozi Umor, Dr.
Keywords: Pluton Palong
Petrografi
Granit
Kimia batuan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Feb-2016
Description: Pluton Palong terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Pahang. Ia meliputi kawasan seluas 250 km persegi yang merangkumi kawasan Kemayan, Pasoh dan Serting. Ia dibatasi oleh garis longitud 1020 15' T hingga 1020 23' T dan garis latitud 20 55' U hingga 30 15' U. Ia membentuk sebuah jasad granit yang memanjang selari dengan jurus rantau kawasan iaitu hampir utara-selatan. Kajian ini bertujuan untuk mengelaskan dan menentukan ciri-ciri kimia batuan, korelasi dan sejarah penghabluran batuan, menentukan proses pembentukan dan asalan magma sama ada berasal daripada magma yang sama atau berlainan. Pluton Palong terdiri daripada 3 variasi granit, iaitu Granit Kemayan, Granit Lui dan Granit Serting. Granit Kemayan terdiri daripada dua jenis batuan, iaitu granodiorit berbutir sederhana dan granit berbutir kasar berporfir megakristal. Granit Lui dicirikan oleh granit biotit berbutir sederhana dan bertekstur sama butiran dengan saiz butiran berjulat dari 2mm hingga 5mm. Granit Serting pula merupakan leukogranit yang berbutir sederhana dan bertekstur sama butiran. Ia berbeza dengan Granit Lui berdasarkan sifatnya berwarna kelabu keputihan dan kehadiran mineral mafik yang rendah, iaitu kurang daripada 3%. Hasil analisis geokimia menunjukkan bahawa Granit Serting dan Granit Lui berasal daripada punca magma yang sama manakala Granit Kemayan berasal dari punca magma yang berbeza. Evolusi magma bermula daripada Granit Lui kepada Granit Serting melalui proses pembezaan magma. Hubungan kedua-dua jenis granit amat jelas dengan mempamerkan jujukan pembezaan magma atau penghabluran berperingkat yang selari atau berterusan tanpa sebarang gangguan aktiviti hidroterma lain. Granit Serting dan Granit Lui dikelaskan sebagai jenis I dengan sifat batuan peralumina, manakala Granit Kemayan dikelaskan sebagai jenis A dengan sifat batuan metalumina.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 83
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84451+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
347.08 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.