Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463529
Title: Pemencilan dan pencirian molekular gen putatif alkohol dehidrogenase daripada polygonum minus
Authors: Nur Athirah Abd Hamid (P58607)
Supervisor: Ismanizan Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Alcohol dehydrogenase
Issue Date: 14-Aug-2015
Description: Alkohol dehidrogenase (ADH) wujud sebagai famili multigen. Dua jujukan penuh cDNA putatif ADH telah berjaya dipencilkan daripada Polygonum minus dengan menggunakan RACE-PCR. Kedua-dua jujukan tersebut dinamakan sebagai PmADHa (KM515811) dan PmADHb (KM515812), masing-masing berukuran 1077 pb dan 1163 pb. Rangka bacaan terbuka (ORF) bagi kedua-dua jujukan adalah 801 pb yang mengekodkan 266 residu asid amino. Penjajaran nukleotida di antara PmADHa dengan PmADHb menunjukkan homologi yang tinggi pada kawasan 5'UTR dan ORF, tetapi mempunyai perbezaan yang tinggi pada bahagian hujung 3'UTR. Pada kawasan ORF, hanya empat nukleotida sahaja yang berbeza di antara kedua-dua jujukan tersebut. Walau bagaimanapun, perbezaan tersebut menyebabkan kedua-dua jujukan pada residu asid amino ke-107 sahaja yang berbeza. Analisis Blastx bagi kedua-dua jujukan menunjukkan tahap kesamaan yang tinggi lebih daripada 70 % dan identiti lebih daripada 50 % dengan tumbuhan-tumbuhan lain daripada pangkalan data NCBI. PmADHa dan PmADHb telah dikategorikan dalam superfamili SDR dan dalam famili AT3G01980.1. Pola pengekspresan bagi setiap isogen dikaji dengan melakukan rawatan 100 µM ABA dan 20 % PEG ke atas P. minus. Pencetus gen spesifik telah direka dan eksperimen qRT-PCR telah dijalankan ke atas organ daun, batang dan akar. Hasil menunjukkan bahawa PmADHa dan PmADHb diekspreskan secara signifikan hanya dalam organ akar apabila P. minus dirawat dengan ABA eksogenus setelah dibandingkan dengan rawatan kawalan. Manakala dalam rawatan 20 % PEG, PmADHa dan PmADHb diekspreskan secara signifikan dalam organ daun, batang dan akar apabila dibandingkan dengan rawatan kawalan. Dapatan daripada pemencilan promoter kedua-dua gen PmADH menunjukkan bahawa beberapa elemen yang berkaitan dengan tekanan terdapat pada bahagian promoter tersebut.,Sarjana Sains
Pages: 129
Call Number: QK495.P78N8457 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83259+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.59 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.