Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463496
Title: Penghasilan dan pencirian nanokomposit selulosa nanofibril berpengisi argentum yang mengkonduksi elektrik
Authors: Hanisah Syed Sulaiman (P74024)
Supervisor: Chia Chin Hua, Prof. Madya Dr.
Keywords: Nanokomposit
Selulosa
Kekonduksian elektrik
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-May-2016
Description: Argentum (Ag) digunakan secara meluas sebagai pengisi dalam produk komposit disebabkan ciri-ciri kekonduksian elektrik dan habanya yang baik. Kandungan Ag yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan komposit bersifat konduksi yang baik. Ini menyebabkan harga akhirnya menjadi terlalu tinggi. Teras batang kenaf merupakan bahagian sampingan yang kurang bernilai selepas penggunaan gentian luar kenaf. Dalam kajian ini, nanofibril selulosa (SNF) telah dihasilkan dari teras batang kenaf melalui proses penyepaian, lalu digunakan sebagai templat untuk menghasilkan komposit SNF berpengisi kepingan Ag. Tiga siri sampel nanokomposit telah dihasilkan untuk kajian ini. Pertama sekali, SNF dicampur bersama kepingan Ag dan sampel dihasilkan melalui kaedah tuangan larutan ke dalam piring petri untuk dikeringkan pada 40oC selama 24 jam. Peratusan kepingan Ag yang berbeza digunakan iaitu 0, 20, 40, 60 dan 80%. Kedua, SNF dicampur bersama kepingan Ag dengan peratusan yang berbeza (70, 75, 80, 85 dan 90%). Sampel dihasilkan melalui kaedah penapisan vakum dan dikeringkan pada 40oC selama 24 jam. Akhir sekali, nanokomposit SNF berpengisi kepingan Ag dan nanowayar Argentum (AgNW) dihasilkan melalui pensebatian larutan. Kemudian, sampel ditapis menggunakan penapisan vakum dan dikeringkan pada 40oC selama 24 jam. AgNW yang mempunyai bentuk yang berbeza berbanding kepingan Ag ditambah ke dalam sampel untuk meningkatkan persentuhan antara kepingan Ag. Bentuk SNF dan AgNW yang dihasilkan dapat diperhatikan menggunakan Mikroskopi Transmisi Elektron (TEM). Struktur hablur kepingan Ag dan AgNW dikenalpasti menggunakan Difraktometer Pembelauan Sinar-X (XRD). Tiada puncak lain yang kelihatan selain puncak (111), (200), (220), dan (311) yang menunjukkan bahawa kepingan Ag dan AgNW yang dihasilkan mempunyai ketulenan yang tinggi. Struktur dan morfologi nanokomposit dianalisa menggunakan Mikroskopi Imbasan Elektron (SEM) dan Spektroskopi Penyebaran Tenaga X-ray (EDX). Nilai kekonduksian nanokomposit pula diukur menggunakan empat kuar uji. Sampel SNF-Ag dan TSNF-Ag mencapai ambang perkolasi pada peratusan pengisi 80% dan nilai kekonduksian elektrik yang diperoleh tidak mempunyai perubahan yang terlalu ketara iaitu 1007.821 S/cm dan 1123.584 S/cm. Kekonduksian sampel TSNF-Ag-AgNW 15 (10.617 S/cm) pula lebih baik berbanding TSNF-Ag 70% (1.042×10-6 S/cm) walaupun mempunyai perbezaan peratusan pengisi sebanyak 1%.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 93
Call Number: TP248.65.C45H343 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82991+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
352.51 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.