Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463493
Title: Pembangunan mikroemulsi diesel-minyak sawit olein tertapis dan potensinya sebagai bahan api alternatif
Authors: Hastinatun Mukayat (P65960)
Supervisor: Suria Ramli, Dr.
Keywords: Minyak sawit olein
Bahan api
Mikroemulsi diesel
Emulsions
Issue Date: 6-Jun-2016
Description: Kajian telah dijalankan bagi membangunkan formulasi bahan api mikroemulsi yang mengandungi diesel (D) dan minyak sawit olein tertapis (O) sebagai fasa minyak, air suling (A) sebagai fasa air, polioksietilena (20) sorbitan monooleate (Tween 80) sebagai surfaktan dan 1-pentanol sebagai ko-surfaktan. Kajian ini melibatkan pembangunan sistem mikroemulsi, analisis rajah fasa pseudoternari, analisis sifat fizikal dan sifat bahan api serta ujian prestasi enjin. Sistem mikroemulsi disediakan menggunakan kaedah komposisi tetap. Nisbah D:O yang dikaji ialah 100:0, 90:10 dan 80:20. Peratusan air di dalam sistem dipelbagaikan pada 10, 15 dan 20%. Berdasarkan pembentukan mikroemulsi pada gambar rajah fasa pseudoternari, sembilan formulasi dipilih dan ujian saiz titisan dan kelikatan dinamik dilakukan. Formulasi ini mempunyai saiz titisan dalam julat 9.47 hingga 42.53 nm dan mempunyai kelikatan yang lebih rendah daripada minyak sawit olein tertapis, iaitu sehingga 50%. Seterusnya, kesemua formulasi terpilih menjalani analisis sifat-sifat kebolehbakaran bahan api iaitu kelikatan kinematik, ketumpatan, takat tuang, takat keruh, takat kilat dan nilai kalori. Takat tuang, takat keruh dan takat kilat bagi formulasi ini memenuhi piawai iaitu masing-masing -6.1 hingga -1 °C, 4 hingga 4.5 °C dan 88 hingga 98 °C. Bagi nilai kalorifik (nilai tenaga), hanya formulasi yang mempunyai 10% air sahaja yang memenuhi piawai, iaitu formulasi M1, M4 dan M7. Nilai ketumpatan bagi sembilan formulasi terpilih ini pula tidak memenuhi nilai piawai yang telah ditetapkan, iaitu sebanyak 6 hingga 8%. Tiga formulasi telah dipilih sebagai formulasi optimum, iaitu D:O/Tween80/1-pentanol/air 45:0/30/15/10, 40.5:4.5/30/15/10 dan 36:9/30/15/10 mengikut nisbah berat (b/b%). Ujian prestasi enjin dilakukan ke atas formulasi optimum ini bagi menilai potensinya sebagai bahan api alternatif. Daya kilas dan kuasa enjin yang terhasil adalah setanding dengan bahan api diesel komersial. Penggunaan bahan api tentu brek (BSFC) bagi formulasi optimum ini adalah lebih tinggi berbanding bahan api diesel komersial. Namun, apabila dinormalkan dengan kandungan diesel yang tinggal, nilai BSFC yang ditunjukkan oleh formulasi bahan api mikroemulsi adalah jauh lebih rendah berbanding bahan api diesel komersial, iaitu sehingga 56.6% pengurangan. Formulasi bahan api mikroemulsi diesel-minyak sawit olein tertapis yang dihasilkan dapat menjimatkan penggunaan bahan api diesel di samping mempunyai potensi sebagai bahan api alternatif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 94
Call Number: TP156.E6H347 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82988+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
368.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.