Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463481
Title: Aktiviti polonium-210 (210Po) dan plumbum-210 (210Pb) dalam turus air di Sungai Mersing, Johor
Authors: Noor Affizah Bujang Saili (P48430)
Supervisor: Che Abd Rahim Mohamed, Prof. Dr.
Keywords: Polonium - Isotopes
Polonium- Isotopes.
Issue Date: 27-Mar-2013
Description: Kajian terhadap 210Po dan 210Pb telah dijalankan di Sungai Mersing bertujuan untuk menentukan inventori dan fluks 210Po dan 210Pb serta menetukan sumber bahan pencemar di kawasan kajian. Sebanyak sembilan buah stesen telah dipilih sebagai lokasi kajian dan persampelan telah dijalankan pada 6 Februari 2010, 5 April 2010, 4 Julai 2010 dan 9 Oktober 2010. Aktiviti 210Po dan 210Pb dalam sampel air, zarah terampai dan sedimen permukaan dibilang dengan menggunakan spektrometri-alfa S570 dan grosalfa-beta Tennelec S5 XLB selepas melalui proses penghadaman, pemendakan, pemisahan dan penulenan radiokimia, penyaduran spontan dan elektroenapan di makmal. Purata kepekatan 210Po dalam fasa terlarut dari persampelan pertama hingga keempat masing-masing adalah 4.53±0.28 mBq L-1, 3.64±0.24 mBq L-1, 1.37±0.14 mBq L-1 dan 1.57±0.25 mBq L-1. Manakala 210Pb pula adalah 4.72±0.62 mBq L-1, 1.46±0.19 mBq L-1, 0.78±0.10 mBq L-1 dan 1.07±0.14 mBq L-1. Bagi zarah terampai pula, purata kepekatan aktiviti 210Po adalah 174.89±12.32 Bq kg- 1, 313.37±38.33 Bq kg-1, 135.28±17.84 Bq kg-1 dan 110.23±8.95 Bq kg-1. Manakala210Pb pula adalah 77.72±7.51 Bq kg-1, 247.44±56.63 Bq kg-1, 644.44±77.40 Bq kg-1dan 135.72±26.16 Bq kg-1. Purata aktiviti 210Po dalam sedimen adalah 323.25±12.79 Bq kg-1, 210.02±12.44 Bq kg-1, 167.04±6.55 Bq kg-1 dan 106.58±3.85 Bq kg-1. Seterusnya purata 210Pb adalah 71.86±7.39 Bq kg-1, 42.15±4.52 Bq kg-1, 40.91±4.19 Bq kg-1 dan 57.26±5.91 Bq kg-1. Secara keseluruhan, lebih 99% 210Po dan 210Pb dalam turus air terkandung dalam zarah terampai. Hubungan korelasi yang kuat di antara 210Po dan 210Pb dan SPM yang tinggi membuktikan kecenderungan penjerapan 210Po dan 210Pb terhadap zarah terampai di Sungai Mersing sangat dipengaruhi oleh kepekatan SPM. Variasi inventori dan fluks210Po dan 210Pb di Sungai Mersing dipengaruhi oleh perubahan monsoon. Hasil kajian menunjukkan fluks maksimum 210Pb berlaku semasa taburan hujan yang paling tinggi. Kepekatan SPM yang tinggi di Sungai Mersing membuktikan sifat geokimia 210Po dan 210Pb yang sangat cenderung terhadap zarah terampai serta memainkan peranan yang penting terhadap taburan radionuklid semulajadi ini. Selain itu, perubahan monsoon yang sangat relatif dengan taburan hujan turut mempengaruhi variasi 210Po dan 210Pb di Sungai Mersing. Nisbah 210Po/210Pb yang melebihi uniti menunjukkan pengkayaan 210Po dipengaruhi oleh proses pengampaian dalam turus air. Keadaan morfologi sungai yang cetek dan aktiviti bot keluar masuk menggalakkan proses pengampaian. Penspesiesan 210Po dan 210Pb melalui pengekstrakan berturutan membuktikan Sungai Mersing didominasi oleh unsur biogenik.,Sarjana
Pages: 143
Call Number: QD181.P6 N646 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82006+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.