Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463441
Title: Analisis penjujukan transkriptom, dedradom dan RNA kecil (sRNA) dalam pengenalpastian sRNA yang terlibat dalam pengawalaturan tapak jalan biosintesis fenilpropanoid dan flavonoid dalam Polygonum minus
Authors: Yeoh Chean Chean (P62860)
Supervisor: Ismanizan Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Polygonum minus( kesum)
Kandungan flavonoid y
Pengekspresan sRNA
Small interfering RNA.
Issue Date: 22-Sep-2015
Description: Polygonum minus ataupun lebih dikenali sebagai kesum, merupakan salah satu herba di Malaysia yang sering diguna sebagai makanan harian dan tonik untuk kesihatan.Manfaat perlindungan ini disebabkan oleh kandungan flavonoid yang tinggi dalam P. minus. Sehingga kini, kebanyakan kajian tentang P. minus adalah fokus kepada aspek fitokimia sahaja dan kurang pengetahuan dalam mekanisme molekul pengawalaturan tapak jalan penghasilan metabolit sekunder. Selain itu, P. minus tidak mempunyai informasi genomik dalam pangkalan data. Dalam kajian ini, satu perpustakaan transkriptom akar P. minus telah dihasilkan dengan 917,153 bacaan berkualiti menggunakan penjujuk 454. Selepas penyaringan bacaan yang berkualiti dan perhimpunan de novo, 190,269 transkrip unik diperoleh dengan purata panjang 448 pb. Berdasarkan anotasi fungsian BLAST2GO, 34,411 transkrip unik telah dipadankan ke 330 tapak jalan KEGG yang berbeza. Lima belas (65.23%) daripada jumlah 23 enzim yang terlibat dalam peta tapak jalan biosintesis flavonoid dan tiga belas (36.11%) daripada jumlah 36 enzim dalam peta tapak jalan biosintesis fenilpropanoid telah berjaya dipadankan dengan perpustakaan transkriptom akar P. minus. Selain itu, penjujukan sRNA dan degradom yang diubahsuai juga dilakukan melalui platform HiSeq 2500 (Illumina) dan penjujuk 454 (GS-FLX, Roche). Kira-kira 10 juta bacaan jujukan sRNA dihasilkan daripada akar P. minus dan 54,498 jujukan degradom telah dianotasi dan dipetakan ke tapak jalan KEGG. Analisis pengekspresan sRNA juga dilakukan untuk memahami peranan sRNA dalam akar P. minus yang dirawat dengan asid jasmonik (AJ) dan asid salisilik (AS). Jujukan sRNA dipadankan dengan perpustakaan degradom. Tiga sRNA putatif (FLAV3_2_sRNA, Phenyl_1_sRNA and Phenyl_4_sRNA) yang terlibat dalam tapak jalan biosintesis flavonoid dan fenilpropanoid didapati berbeza pengekspresannya dalam akar yang dirawat AJ dan AS dan telah disahkan melalui tindakbalas rantai polimerase transkripsi berbalik kuantitatif masa-nyata (RT-qPCR). Perubahan dalam pengekspresan sRNA selepas rawatan AJ dan AS menunjukkan pengawalaturan tapak jalan biosintesis flavonoid dan fenilpropanoid oleh sRNA. Kajian ini meningkatkan pemahaman kita tentang peranan pengawalaturan sRNA dalam tapak jalan biosintesis metabolit sekunder tumbuhan. Hasil kajian ini akan dijadikan asas manipulasi pengekspresan sRNA untuk meningkatkan penghasilan metabolit sekunder sasaran P. minus pada masa depan.,Sarjana
Pages: 138
Call Number: QP623.5.S63 Y445 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81717+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.