Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463433
Title: Bahan komposit besi nano bervalensi sifar (nZVI) untuk rawatan air tercemar logam berat
Authors: Ho Kuok How (P70563)
Supervisor: Wan Zuhairi Wan Yaacob, Prof. Madya Dr.
Keywords: Besi nano bervalensi sifar
Rawatan air tercemar
Penyingkiran logam berat
Montmorilonit
Lempung marin
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Apr-2016
Description: Penyelidikan ini tertumpu kepada penghasilan dan peningkatan keupayaan besi nano bervalensi sifar (nZVI) menggunakan bahan komposit montmorilonit dan lempung marin yang dilabelkan sebagai M-nZVI dan MC-nZVI untuk rawatan air tercemar logam berat. Keupayaan penjerapan dibandingkan antara montmorilonit, lempung marin, M-nZVI, MC-nZVI dan nZVI. Analisis-analisis fizikal yang dijalankan ialah luas permukaan spesifik dengan teknik Brunauer, Emmett and Teller (BET), morfologi sampel dengan mikroskopi imbasan elektron pancaran medan (FESEM) dan mikroskopi transmisi elektron (TEM). Analisis-analisis kimia yang dijalankan ialah nilai valensi kandungan Fe dalam sampel dengan spektroskopi fotoelektron sinar X (XPS), kandungan kimia dengan pembelauan sinar X (XRD) dan pendaflour sinar X (XRF). Ujian penjerapan berkelompok turut dijalankan untuk menganalisis keupayaan penjerapan setiap sampel. Analisis BET memberikan bacaan 205.61 m2/g, 11.06 m2/g, 22.42 m2/g, 5.36 m2/g dan 2.79 m2/g masing-masing untuk montmorilonit, M-nZVI, lempung marin, MC-nZVI dan nZVI masing-masing. Imej FESEM menunjukkan bahawa montmorilonit dan lempung marin mempunyai morfologi yang serupa iaitu berkepingan. Manakala imej FESEM nZVI menunjukkan morfologi berantai dan pengelompokan partikel. Partikel M-nZVI dan MC-nZVI disebarkan di atas permukaan montmorilonit dan lempung marin dimana pengaggregatan partikel nZVI dikurangkan. Imej TEM turut menunjukkan morfologi yang serupa dengan imej FESEM di mana pengelompokan partikel berlaku pada nZVI menyebabkan struktur rantai diperhatikan dan partikel sfera tunggal dapat diperhatikan pada kedua-dua MnZVI dan MC-nZVI. Spektrum XPS menunjukkan bahawa Fe0 wujud pada ketiga-tiga nZVI, M-nZVI dan MC-nZVI. Selain itu, nilai tenaga ikatan Fe2+ dan Fe3+ turut dapat dikesan. Corak XRD menunjukkan bahawa montmorilonit dan lempung marin mengandungi kuarza dan montmorilonit. Corak XRD nZVI menunjukkan nZVI mengandungi Fe0, tincalconit, lepidokrosit dan maghemit. Penjerapan berkelompok menunjukkan bahawa kadar penjerapan untuk M-nZVI dan MC-nZVI adalah mendekati 100 %. Isoterma jerapan Langmuir dan Freundlich telah digunakan untuk menganalisis data kesan kepekatan awal dan didapati komposit nZVI adalah sesuai dengan isoterma Langmuir. Nilai KL bagi M-nZVI, MC-nZVI and nZVI untuk Pb ialah 121.94 L/g, 99.99 L/g dan 51.224 L/g, untuk Cu ialah 39.32 L/g, 149.33 L/g dan 6.49 L/g, untuk Cd ialah 52.37 L/g, 20.29 L/g dan 22.47 L/g. Ujian kinetik menunjukkan bahawa bahan komposit nZVI mencapai masa keseimbangan dalam tempoh 10 minit untuk ketiga-tiga jenis logam berat manakala untuk montmorilonit dan lempung marin mencapai masa keseimbangan selepas 15 minit. Faktor pH awal larutan logam berat memberikan kesan kecil untuk M-nZVI, MC-nZVI dan nZVI di mana peratusan penyingkiran Pb dan Cu adalah lebih daripada 90 % manakala peratusan penyingkiran Cd untuk MC-nZVI meningkat dari 80 % sehingga 98 %. Peratusan penyingkiran M-nZVI dan nZVI untuk Cd adalah lebih daripada 90 %. Faktor suhu memberikan kesan yang minima untuk Pb dan Cu dimana peningkatan peratusan penyingkiran untuk M-nZVI, MC-nZVI dan nZVI adalah dari 95 % kepada 99 % sahaja. Tetapi, peningkatan peratusan penyingkiran Cd untuk M-nZVI adalah dari 92 % hingga 99 %, 76 % hingga 99 % untuk MC-nZVI dan 82% hingga 99% untuk nZVI. Dalam kajian ini, bahan komposit nZVI menunjukkan potensi yang baik dan berkesan dalam penyingkiran logam berat.,Sarjana Sains
Pages: 111
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81660+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
76.98 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.