Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463431
Title: Sintesis dan penggunaan cecair ionik dalam tindak balas perisiklik
Authors: Nur Liyana Sakinah Johari (P68054)
Supervisor: Nur Hasyareeda Hassan, Dr.
Keywords: Cecair ionik
Tindak balas perisiklik
Pelarut hijau alternatif
Pelarut organik konvensional
Issue Date: 22-Apr-2016
Description: Cecair ionik merupakan sebatian yang terhasil daripada gabungan sepasang kation dan anion. Ia dikenali sebagai pelarut hijau alternatif kepada pelarut organik konvensional dan banyak diaplikasikan dalam bidang sintesis organik. Tindak balas perisiklik merupakan salah satu tindak balas organik yang melibatkan mekanisme berbalik tanpa membentuk sebatian perantaraan. Kajian ini mengaplikasikan cecair ionik 1-butil-3- metilimidazolium tetrafluoroborat, [Bmim][BF4] dan 1-butil-3-metilimidazolium heksafluorofosfat, [Bmim][PF6] dalam tindak balas perisiklik Diels-Alder, 1,3- dwikutub pensiklotambahan dan tindak balas pensiklotambahan azida-alkuna sebagai pelarut. Dalam tindak balas Diels-Alder, [Bmim][BF4] dan [Bmim][PF6] telah diaplikasikan sebagai pelarut dalam tindak balas bersuhu bilik (25 °C) dan secara pemanasan pada 100 °C. Sikloaduk NLS 2 dan NLS 5 telah berjaya disintesis dalam medium [Bmim][BF4] sebanyak 86 % dan 51 % hasilan dalam tindak balas bersuhu bilik dan secara pemanasan masing-masing. Sementara itu, tindak balas 1,3-dwikutub pensiklotambahan antara maleimida dan nitron pula, peratusan sikloaduk terhasil dibandingkan dalam medium cecair ionik dan klorofom pada 25 °C. Peratusan sikloaduk terhasil dalam cecair ionik didapati lebih tinggi berbanding pelarut klorofom. Sikloaduk daripada [Bmim][PF6] telah menunjukkan hasilan sebanyak 43 % dengan nisbah campuran diastereomerik 1.1:1, cis: trans. Manakala, peratusan sikloaduk terhasil dalam [Bmim][BF4] berkurangan kepada 18 % dengan campuran diastereomerik sebanyak 2:1, cis: trans. Sebaliknya, sikloaduk yang terhasil dalam pelarut klorofom adalah sebanyak 36 % dengan campuran diastereomerik sebanyak 6:1, trans kepada cis. Namun, tindak balas pensiklotambahan yang dijalankan antara azida dan alkuna tidak berjaya mendatangkan hasil. Kajian ini telah membuktikan bahawa [Bmim][BF4] dan [Bmim][PF6] telah berjaya menghasilkan sikloaduk dengan peratusan yang lebih baik dalam tindak balas perisiklik pada suhu bilik. Sebagai kesimpulan, cecair ionik berkebolehan menggantikan pelarut organik konvensional dalam tindak balas perisiklik, sekaligus mewujudkan persekitaran hijau yang selamat.,Sarjana Sains
Pages: 154
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81658+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
142.85 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.