Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463429
Title: Morfologi dasar, sedimentologi dan geokimia sedimen kuaterner laut cetek muara Sungai Kelantan hingga pelantar Benua Laut China Selatan, Semenanjung Malaysia
Authors: Nurul Afifah Mohd Radzir (P73095)
Supervisor: Che Aziz Ali, Prof. Dr.
Keywords: Morfologi dasar
Sedimentologi
Geokimia
Kawasan laut cetek
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Oct-2015
Description: Kajian yang dilakukan adalah berkaitan dengan morfologi dasar, sedimentologi dan geokimia bermula dari kawasan laut cetek muara Sungai Kelantan sehingga ke kawasan pelantar benua Laut China Selatan. Sebanyak 65 sampel sedimen Kuaterner telah diambil di kawasan kajian dan dilakukan pelbagai jenis ujian seperti pemetaan dan pemodelan kontur batimetri dengan menggunakan perisian ArcGIS v.10, analisis saiz butiran, analisis mineralogy pasir, analisis SEM, analisis XRD dan analisis ICP-MS untuk mengenalpasti proses yang telah berlaku ke atas sedimen dan batuan induk sedimen sebelum dienapkan ke kawasan laut. Melalui pemetaan dan pemodelan batimetri lantai laut, morfologi kawasan kajian menunjukkan pembentukan beberapa ciri-ciri yang unik iaitu pembentukan lohong hitam sedalam 26 meter, beting pasir setinggi 8 meter dengan keluasan hampir 9 km2 dan juga terdapat beberapa lekukan kecil yang terbentuk. Pembentukan morfologi lantai laut dikawal oleh mekanisma menjunam dengan bantuan fenomena aliran kekeruhan super-kritikal semasa pelepasan air sungai ke kawasan lembangan. Melalui ujian sedimentologi, kawasan kajian dibahagikan kepada dua wilayah iaitu wilayah A iaitu didominasi oleh sedimen Resen yang dienapkan pada masa kini, manakala wilayah B didominasi oleh sedimen baki yang dienapkan ketika perubahan paras air laut Holosen kira-kira 5000 tahun kalendar sebelum sekarang dan diselang-selikan dengan sedikit sedimen Resen. Ujian geokimia menunjukkan sebaran geokimia di kawasan kajian dipengaruhi oleh dua genesis yang berbeza iaitu lautan dan daratan. Unsur Ca dan Mg dikenalpasti sebagai unsur lautan, manakala unsur Al, Fe, K, Mn, Na, Cu, Cr, Zn, Ni dan Li yang berkorelasi secara signifikan menjelaskan hubungan unsur-unsur ini dan dikenali sebagai unsur daratan. Selain itu, kehadiran mineral lempung yang pelbagai di kawasan kajian seperti kaolinit, ilit, klorit, klorit-serpentin dan vermikulit turut mambantu pengelasan genesis sebaran geokimia di kawasan kajian. Batuan induk yang dikenalpasti menyumbang kepada sedimen di kawasan kajian adalah daripada batuan granit daripada jaluran granit utama dari Gunung korbu dan Gunung Stong yang disaliri oleh Sungai Nenggiri, batuan argilit dan juga batu pasir yang berpunca daripada bahagian tenggara Negeri Kelantan dan disaliri oleh Sungai Galas dan Sungai Lebir.,Sarjana Sains
Pages: 187
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81656+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
337.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.