Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463387
Title: Tanin gelam (melaleuca cajuputi) sebagai perencat kakisan organik kepada keluli lembut
Authors: Nur Atiqah Abu Talib (P70637)
Supervisor: Sarani Zakaria, Prof. Dr.
Keywords: Melaleuca
Tannins
Keluli lembut
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Aug-2015
Description: Kajian terhadap sifat kimia tanin gelam (Melaleuca cajuputi) dan kebolehan tanin gelam sebagai perencat kakisan pada keluli lembut di dalam medium 1M asid hidroklorik (HCl) pada suhu 300 dan 333K telah dikaji. Pengekstrakan tanin daripada kulit gelam telah dilakukan dengan menggunakan tiga jenis pelarut yang berbeza iaitu aseton, metanol dan air suling. Sampel tanin yang telah diekstrak kemudiannya dilakukan penulenan. Proses penulenan tanin menggunakan Saphadex LH-20. Terdapat dua objektif utama dalam kajian ini, pertama ialah mengkaji kumpulan berfungsi yang terdapat di dalam tanin gelam yang diekstrak menggunakan pelarut yang berbeza. Objektif kedua ialah untuk mengkaji kesan penggunaan tanin tidak tulen dan tanin tulen sebagai perencat kakisan ke atas keluli lembut di dalam larutan HCl pada suhu 300 dan 333K. Analisa Transmisi fourier inframerah (FTIR), Raman spektroskopi dan Nuklear magnetik resonan (H-NMR) telah dilakukan bagi mengkaji sifat kimia tanin yang diekstrak. Hasil daripada analisa FTIR membuktikan terdapatnya kehadiran kumpulan-kumpulan berfungsi yang terdapat pada tanin iaitu kumpulan hidroksil pada 3600-3200 cm-1, manakala 1042 cm-1 menunjukkan kehadiran kumpulan hidroksil (O-H) bagi sebatian fenolik dan puncak 1619-1450 cm-1 menunjukkan terdapat kehadiran gelang aromatik pada tanin yang diekstrak. Analisa spektrum FTIR disokong dengan keputusan spektrum Raman yang terdapat pada persamaan puncak-puncak aromatik pada 2923, 1617 dan 1455 cm-1. Manakala keputusan H-NMR menunjukkan terdapatnya puncak pada pada anjakan kimia 5.8 sehingga 7.6 ppm milik gugusan molekul tanin kondensasi dan pada julat 4.4 hingga 4.6 ppm menunjukkan kehadiran proton pada gelang C pada tanin kondensasi. Tanin yang diekstrak menggunakan pelarut aseton telah dipilih untuk diuji di dalam ujian kakisan. Bagi mengkaji sifat perencat tanin terhadap keluli lembut, ujian kehilangan berat dan tafel polarisasi telah dilakukan pada suhu 300 dan 333K di dalam medium 1M HCl dengan kepekatan perencat tanin yang berbeza iaitu 200, 400, 600 dan 800ppm. Keputusan ujian kehilangan berat menunjukkan peratusan kecekapan perencat (%IE) bertambah dengan penambahan kepekatan perencat. Peratusan %IE bagi tanin tidak tulen lebih rendah berbanding tanin yang ditulenkan pada suhu 300 manakala bagi suhu 333K %IE meningkat bagi tanin tidak tulen dan sedikit menurun bagi tanin tulen. Ujian tafel polarisasi juga menunjukkan peningkatan %IE pada suhu 300K daripada 68.2 kepada 88.3% bagi tanin tidak tulen dan 41.2 kepada 89.7% bagi tanin tulen. Manakala pada suhu 333K %IE meningkat dari 95.1 kepada 96.2% bagi tanin tidak tulen dan 91 hingga 95.6% bagi tanin tulen. Morfologi bagi keluli lembut setelah menjalani ujian kehilangan berat dianalisa menggunakan mikroskop analisa dan mikroskop imbasan elektron (SEM). Model Langmuir, Temkin dan Freudlish telah digunakan untuk membandingkan mekanisma penjerapan perencat tanin pada keluli lembut. Berdasarkan keputusan ujian kehilangan berat menunjukkan mekanisma perencatan tanin gelam hampiri model penjerapan Langmuir.,Sarjana Sains
Pages: 119
Call Number: QD327.N837 2016 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80585+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
71.68 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.