Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463369
Title: | Penyingkiran merah kongo daripada larutan akueus menggunakan kalsium karbonat dan aerogel selulosa-kalsium karbonat |
Authors: | Chong Kai Yin (P68094 ) |
Supervisor: | Chia Chin Hua, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Larutan akueus |
Issue Date: | 16-Feb-2015 |
Description: | Kajian erapan merah kongo (CR) pada kalsium karbonat (CaCO3) dan aerogel selulosa-CaCO3 telah dijalankan. Pada kajian awal, CaCO3 disintesis dengan mengguna larutan CaCl2 dan Na2CO3 melalui kaedah pemendakan. Kesan suhu tindak balas pada polimorf dan struktur hablur pada CaCO3 telah dikaji. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa struktur hablur CaCO3 dipengaruhi oleh suhu semasa proses sintesis, di mana kalsit biasanya terbentuk pada suhu bilik, aragonit terbentuk pada suhu kira-kira 60°C, manakala vaterit adalah paling tidak stabil dan mudah bertukar menjadi kalsit yang termodinamik stabil. Oleh itu, dalam kajian kedua, CaCO3 vaterit telah dihasilkan dengan mengguna etilena glikol (EG) yang bertindak sebagai penstabil untuk menghalang transformasi vaterit kepada polimorf CaCO3 yang lain. Penjerapan CR daripada larutan akueus kepada CaCO3 vaterit adalah lebih tinggi berbanding dengan kalsit dan aragonit. Selain itu, penjerapan CR adalah bergantung kepada pH, kepekatan awal pewarna dan suhu. Model pseudo-tertib kedua adalah berpadanan dengan data kajian kinetik penjerapan dengan memberi nilai pekali korelasi yang sangat tinggi (R2> 0.99) berbanding dengan pseudo-tertib pertama. Ini mencadangkan bahawa langkah penggehadan kadar penjerapan adalah secara kimia yang melibatkan daya tarikan valensi dengan berkongsi atau bertukar-tukar elektron antara bahan penjerap dan bahan terserap. Manakala, isoterma penjerapan CR pada CaCO3 menunjukkan R2 yang lebih tinggi bagi model Langmuir berbanding dengan model Freundlich, dan ia mencadangkan bahawa penjerapan CR pada permukaan bahan penjerap CaCO3 vaterit adalah homogen dan mempunyai tenaga pengaktifan penjerapan yang sama bagi penjerapan semua molekul bahan terjerap. Muatan penjerapan maksimum bagi CaCO3, iaitu 32.60 mg/g, telah diperolehi daripada kajian kinetik penjerapan yang dijalankan pada pH 5, 0.2 g CaCO3, 100 mL larutan CR dengan kepekatan 100 mg/L, dan pada suhu 25°C. Penjerapan CR pada CaCO3 telah dibuktikan sebagai proses endotermik dan secara tidak spontan. Manakala bagi kajian penjerapan CR pada aerogel CaCO3-selulosa yang dihasilkan melalui pemendakan in situ CaCl2 dan Na2CO3 ke dalam aerogel selulosa, menunjukkan bahawa pengambilan pewarna adalah bergantung kepada kepekatan awal pewarna dan suhu. Muatan penjerapan maksimum aerogel selulosa CaCO3, iaitu 75.81 mg/g, telah diperolehi daripada kajian kinetik penjerapan yang dilakukan dengan menggunakan 50 mg aerogel, 25 mL larutan CR dengan kepekatan 200 mg/L, dan pada suhu 25°C. CaCO3 vaterit dan aerogel selulosa-CaCO3 boleh digunakan sebagai bahan penjerap yang berkesan, murah, dan tidak bertoksid untuk merawat larutan akueus tercemar dengan pewarna, serta wajar dan bermanfaat dalam aplikasi penjerapan yang praktikal.,Master/Sarjana |
Pages: | 90 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77044+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.