Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463354
Title: Pengekspresan dan pencirian protein rekombinan metalotionein rumput sambau eleusine indica L.
Authors: Norul Huda binti Mohd Nasir (P45165)
Supervisor: Roohaida Othman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pencirian protein
Rumput sambau
Issue Date: 18-Feb-2015
Description: Metalotionein (MT) berpotensi besar dalam pemuliharaan alam sekitar disebabkan oleh peranannya yang penting dalam metabolisma dan penyahtoksikan logam melalui pengkelatan ion-ion logam berat. Gen MT daripada Eleusine indica L. (eiMT1) telah dipencilkan dalam kajian terdahulu dan didapati mengandungi 73 asid amino dengan dua domain kaya-Cys pada terminal-amino dan -karboksi. Objektif kajian ini adalah untuk mengekspres, menulenkan dan mencirikannya protein rekombinan eiMT1. cDNA eiMT1 diamplifikasikan daripada klon cDNA E. indica dan diklonkan ke dalam vektor pGEMT-easy seterusnya disubklon ke dalam vektor pengekpresan pET28b(+) dan ditransformasi ke dalam sel kompetan Escherichia coli strain BL21(DE3). Pengekspresan protein diaruh menggunakan 1mM IPTG pada 37 oC selama 4 jam. Protein rekombinan dengan berat molekul 12 kDa telah diperoleh dan ditulenkan menggunakan dua kaedah penulenan iaitu kromatografi penukaran ion dan kromatografi penurasan gel. Protein rekombinan eiMT1 tertulen didapati stabil pada 70 oC dan pH 8 serta mempunyai sifat termodinamik optimum pada takat lebur 81 kcal/Mol. Ia juga didapati berbentuk monomer dan mengikat zink (Zn) pada 1.28 ± 0.02 µg/L serta kuprum (Cu) sebanyak 1.74 ± 0.03 µg/L. Protein rekombinan eiMT1 dapat bermandiri di dalam kultur mengandungi Cu, Zn, ferum (Fe), kromium (Cr) dan kadmium (Cd) sehingga kepekatan 400µM dan direncat oleh kepekatan logam melebihi 500µM. Dengan menggunakan teknik Hummel-Dreyer, nisbah pengikatan protein terhadap Cu dan Zn adalah masing-masing 1:8 dan 1:5. Pencirian protein rekombinan eiMT1 telah berjaya membuktikan bahawa eiMT1 bertindak balas dengan ion logam Zn, Cu, Fe, Cr dan Cd secara optimum. Oleh itu, kajian lanjutan sewajarnya dilakukan bagi memahami bagaimana eiMT1 berfungsi dalam rumput sambau.,Master/Sarjana
Pages: 131
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77028+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.